Pengikut dan Ex-smgrian
Wednesday, February 27, 2013
Hari Gawai
Hari Gawai disambut pada 1 dan 2 Jun setiap tahun oleh masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu.
Ia diraikan selepas musim menuai padi sebagai tanda terima kasih kepada Petara (Tuhan) serta Sempulang Gana dan Anda Mara (Tuhan Padi) kerana memberikan hasil tuaian yang baik kepada penduduk.
Perayaan Hari Gawai menjadi permulaan tahun baharu dalam kalendar masyarakat Dayak.
Sambutan lazimnya diadakan di rumah-rumah panjang.
Antara juadah yang dihidangkan termasuklah ayam pansuh, kuih jala dan kuih sepit.
Tuak atau dikenali sebagai air pengayu bermaksud air panjang umur merupakan minuman tradisi yang dihidangkan.
Ranyai iaitu pokok yang dihias dengan pelbagai hadiah serta makanan dan minuman diletakkan di serambi rumah panjang tuai rumah (ketua kampung) sebagai tanda bermulanya perayaan Gawai Dayak.
-Kosmo!
Tuesday, February 26, 2013
Prosedur membuat aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) mempunyai bidang kuasa mengendalikan kes dengan nilai tuntutan tidak melebihi RM25,000 dan difailkan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertikaian.
Tuntutan dibuat menggunakan Borang 1 secara percuma dari pejabat TTPM.
Borang 1 perlu diisi sebanyak empat salinan untuk difailkan di pejabat TTPM yang berdekatan dengan bayaran RM5.
Tuntutan juga boleh difailkan menerusi e-Tribunal di laman web ttpm.kpdnkk.gov.my.
Pendengaran akan berlangsung dalam tempoh 40 hari dari tarikh kes difailkan.
Maklumat lanjut tentang cara aduan kepada TTPM boleh diperolehi dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-9811 atau 03-8882 5822.
-Kosmo!, Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Friday, February 22, 2013
Alahan lipas pencetus asma
Kajian yang dilakukan di 10 buah negara Eropah menunjukkan lebih daripada 30 peratus penduduk dunia mengalami alahan.
Menurut kajian Agensi untuk Bahan Toksik dan Pendaftaran Penyakit, alahan pada lipas dikenal pasti sebagai punca utama asma di kebanyakan bahagian di dunia.
Alahan pada lipas boleh dijangkiti melalui beberapa medium termasuk air liur lipas, najis, kulit dan juga sampah atau sisa yang melekat pada badan serangga tersebut.
Di samping mencetuskan asma, ia juga akan menyebabkan simptom alahan seperti kerengsaan kulit, kegatalan pada hidung, mata dan tekak.
Walaupun pelbagai spesies lipas boleh ditemui di seluruh dunia, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) memaklumkan bahawa rumah-rumah di kawasan urban dan selatan merupakan paling berisiko untuk mengalami serangan lipas.
Laporan Yayasan Asma dan Alahan Amerika Syarikat mengatakan bahawa 78 hingga 98 peratus rumah moden di bandar mempunyai lipas. Malah, jangan terperanjat jika dianggarkan sebanyak 900 hingga 330,000 ekor lipas berada dalam setiap rumah!
-Kosmo!
Thursday, February 21, 2013
Felda Global Ventures Holdings (FGV)
Felda Global Ventures Holdings (FGV) ditubuhkan di bawah Akta Ordinan Tanah 1956 tetapi diperbadankan pada 6 September 1995.
Felda Holdings menjadi syarikat pegangan awam pada 3 Oktober 2003, kini mempunyai jumlah permodalan melebihi RM5 bilion dengan RM20 juta dalam bentuk modal berbayar.
FGV adalah syarikat ketiga terbesar dunia berasaskan operasi perladangan kelapa sawit menurut Frost and Sullivan 2011.
FGV menguruskan dan memiliki lebih 800,000 hektar tanah termasuk 355,864 hektar ladang kelapa sawit dengan 5.2 juta metrik tan buah tandan segar pada 2011.
FGV juga merupakan pengeluar terbesar gula di Malaysia.
FGV telah menggaji 19,000 kakitangan dengan sokongan 46,795 buruh di 300 ladang, 70 kilang minyak kelapa sawit , tujuh kilang penapis, empat kilang penghancur isirung sawit, 13 kilang getah dan kilang pemasangan logistik.
FGV juga memiliki lebih 50 anak syarikat serta rangkaian syarikat dan kepentingan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Pakistan, China, Sri Lanka, Thailand, Afrika Selatan dan Perancis.
Prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham biasa dengan jangkaan pasaran modal RM16 bilion.
IPO terbesar di Asia pada tahun 2012 dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook.
Daripada 2.19 bilion saham, sebanyak 1.5 bilion diperuntukkan untuk pelabur institusi serta pelabur terpilih Malaysia dan asing.
FGV disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.
-Kosmo!, www.feldaholdings.com
Wednesday, February 20, 2013
Masjidil Haram
Masjidil Haram yang terletak di Tanah Suci Mekah, Arab Saudi ialah masjid terbesar di dunia.
Di dalam masjid ini terdapat Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia ketika menunaikan solat.
Dibangunkan sekitar abad ketujuh, Masjidil Haram telah mengalami beberapa kali proses pengubahsuaian. Keindahan masjid ini terletak pada bentuk bangunan dan hiasan dalamannya.
Dinding marmarnya membuatkan seluruh ruang tampak berkilau manakala bahagian dalam kubahnya dipenuhi dengan pelbagai ukiran yang cantik.
Masjidil Haram dilengkapi pelbagai kemudahan moden seperti sistem saliran yang sistematik, penghangat lantai, pendingin ruang, lif dan eskalator.
Di tingkat dua Masjidil Haram terdapat laluan khas untuk jemaah yang uzur melakukan tawaf menggunakan kerusi roda elektrik.
Seringkali kedengaran suara laungan "toriq, toriq, toriq" di Masjidil Haram. Ia adalah suara individu yang mengambil upah menolak kerusi roda jemaah yang uzur bertujuan meminta jemaah lain memberi laluan kepadanya.
Pihak pengurusan Masjidil Haram menyediakan banyak tong air yang berisi air zam-zam. Orang ramai boleh memilih sama ada mahu air zam-zam yang disejukkan atau biasa.
Di kebanyakan negara termasuk Malaysia, hujung minggu mungkin masa untuk berlibur dengan pusat-pusat beli-belah menjadi tumpuan, sebaliknya senario itu berbeza di Tanah Suci Mekah. Masjidil Haram jauh lebih sesak pada hari Khamis dan Jumaat berbanding hari lain kerana kedua-dua hari tersebut adalah hari cuti di Arab Saudi. Ramai penduduk tempatan datang beribadat bersama keluarga.
Bagi jemaah wanita dari Malaysia, ibadat umrah meninggalkan pengalaman yang cukup manis kerana mereka dibenarkan menunaikan solat Jumaat di masjid. Rata-rata melahirkan rasa seronok kerana dapat menunaikan solat Jumaat meskipun mereka tidak begitu memahami khutbah yang disampaikan dalam bahasa Arab.
-Kosmo!
Tuesday, February 19, 2013
Bersama membasmi jenayah dadah
Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan disambut pada 19 Februari setiap tahun.
Dadah merupakan punca utama berlakunya jenayah dan maksiat serta menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat dan negara.
Gejala dadah ini sama bahayanya dengan penagihan arak (khamar) iaitu ibu segala kejahatan.
Jenayah mencuri, merompak, merogol, membunuh, merempit dan lain-lain lagi kebanyakannya berpunca daripada penagihan dadah.
Setiap perkara yang boleh memabukkan, melemahkan anggota badan, merosakkan akal fikiran merupakan punca kepada berlakunya kemungkaran dan jenayah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
Pada prinsipnya mereka yang terlibat dengan dadah merupakan satu jenayah dan perbuatan berdosa besar kerana telah merosakkan nama baiknya dan menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat.
Perbuatan-perbuatan ini sebenarnya semakin menjauhkan diri seseorang daripada Allah SWT.
Kadangkala dengan hanya satu perbuatan jenayah sahaja boleh menghancurkan nilai kehidupan kita dan keluarga tersayang serta menyebabkan kerugian sepanjang hayat di dunia dan akhirat.
Oleh itu, usaha membanteras, memerangi jenayah dan perbuatan berdosa tidak boleh dibuat secara perseorangan sahaja atau oleh agensi tertentu tetapi hendaklah dibuat secara menyeluruh oleh anggota masyarakat sebagai satu tanggungjawab bersama umpama pepatah Melayu yang buta meniup tepung, yang pekak membakar meriam, yang capek menghalau ayam dan yang kurap menyiang buluh.
Ianya menggambarkan kerelaan dan kebanggaan setiap anggota masyarakat untuk memainkan peranan masing-masing ke arah pencapaian matlamat baik dan murni setiap kelompok masyarakat.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya."
Dan Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Kaitan antara seseorang beriman dengan yang lainya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain." - Hadis Muttafaqun 'Alaih.
Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) merupakan agensi yang dpertangungjawabkan menangani permasalahan yang berkaitan dengan dadah.
Peranan utama AADK ialah untuk menentukan segala usaha negara menangani ancaman dadah berjalan secara terancang, terarah dan selaras dengan matlamat akhirnya untuk mewujudkan satu masyarakat dan negara yang bebas daripada dibelenggu permasalahan dadah.
Dalam usaha untuk memastikan semua pihak merasakan tanggungjawab untuk membanteras permasalahan dadah, maka AADK telah menubuhkan Sukarelawan Anti Dadah atau lebih dikenali sebagai SKUAD 1 MALAYSIA.
Inilah antara bukti dan usaha yang telah dilaksanakan pihak pemerintah demi kesejahteraan rakyat.
Semua pihak hendaklah sama-sama berganding bahu dan terlibat dalam aktiviti bagi memerangi penyalahgunaan dadah yang ada dalam komuniti masing-masing.
Tidak kiralah sama ada masyarakat yang tinggal di bandar, pedalaman ataupun di perairan negara ini, kita hendaklah membantu dan bekerjasama dengan AADK dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti berkenaan.
Sekurang-kurangnya kita sebagai umat yang prihatin dapat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa mengenai apa-apa kegiatan penyalahgunaan dadah yang berlaku di tempat masing-masing.
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya, dan jika ia tidak berkuasa maka dengan lidahnya, dan jika ia tidak berkuasa, maka dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman."
Kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah sangatlah besar.
Ancamannya bukan hanya kepada diri si penagih, bahkan kepada seluruh ahli keluarga kerana gejala ini akan menghilangkan kewarasan, keseronokan dan kegembiraan serta akan diwarnai dengan tangisan yang berpanjangan.
Harapan ibu bapa pasti ranap, impian saudara-mara akan musnah dan masa depan anak-anak dan isteri akan hancur dan yang lebih dahsyat lagi ialah musnahnya sesebuah bangsa dan negara.
Inilah masanya semua umat Islam mesti bersatu untuk memerangi jenayah dadah dan mendokong segala usaha dan komitmen pemerintah demi memastikan jenayah dadah ini dapat dibasmi sehingga ke akar umbi.
Ingatlah dan insaflah semasa masih sihat, masih berkuasa dan bertenaga, marilah kita bekerjasama memerangi jenayah dadah dan menutup segala ruang gejalanya.
Sebagai ibu bapa, ruangkanlah masa dengan memberi perhatian kepada anak-anak agar hidup mereka tidak terjebak dengan perkara yang tidak sihat yang pastinya sangat merugikan.
Disiplinkan hidup mereka, ajaklah mereka untuk berkongsi pandangan dan masalah.
Jadikanlah kesukarelaan kita dalam menangani gejala dadah sebagai satu tanggungjawab demi agama dan umat Islam.
Marilah sama-sama kita sedar dan memperkukuhkan keimanan kepada Allah SWT, memperbanyakkan amal kebajikan, menjalankan tugas dengan jujur dan menjauhi segala perbuatan dosa dan mungkar.
Perbanyakkan beristighfar semoga segala kesalahan yang dilakukan selama ini akan diampunkan oleh Allah SWT.
Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra' ayat 7 yang bermaksud:
"Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
Sumber: e-khutbah JAKIM
Monday, February 18, 2013
Penyakit tibi
Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang berwarna merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.
Berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman tibi apabila pesakit tibi batuk, bercakap atau bersin.
Biasanya menyerang bahagian paru-paru tetapi boleh juga merebak pada mana-mana bahagian tubuh melalui aliran darah di dalam badan seseorang seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang dan otak.
Tanda-tanda penyakit tibi ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu, batuk berdarah, mudah letih serta lemah badan dan demam berpeluh terutama pada waktu petang atau malam.
Golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat jangkitan penyakit tibi ialah pesakit HIV dan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan buah pinggang.
Rawatan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan.
-Kosmo!
Wednesday, February 13, 2013
Budaya kesesatan
Valentine
Ken Swiger, di dalam sebuah artikel berjudul Should Biblical Christians Observe It? menulis bahawa perkataan Valentine berasal dari bahasa Latin yang bermaksud Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa.
Perkataan itu digunakan pada zaman Rom kuno yang ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan atau dewa orang Romawi.
Sedar atau tidak, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi "to be my Valentine?", maka ianya telah melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan akidah umat Islam dan dimurkai Allah SWT kerana ia telah meminta seseorang menjadi Sang Maha Kuasa dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali semangat budaya pemujaan berhala.
Berdasarkan kepada pandangan tokoh-tokoh agama, menyambut atau meraikan sambutan hari Valentine adalah bertentangan dengan syarak.
Menurut Panel Kajian Akidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut turut bercampur dengan perbuatan maksiat dan amalan yang bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan yang menjadi trend baru zaman moden tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Perayaan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar serta boleh merosakkan akidah dan akhlak umat Islam.
Agama Islam tidak sesekali melarang umatnya bercinta kerana cinta adalah fitrah semula jadi manusia, namun mestilah berdasarkan hukum Islam bukannya berteraskan hawa nafsu semata-mata.
Kualiti iman
Persoalan besar timbul, apakah yang menyebabkan gejala negatif seumpama ini terus berlaku?
Antara sebab-sebabnya ialah kualiti keimanan umat Islam yang semakin lemah dan kekaburan kita di dalam menegakkan prinsip-prinsip asas agama yang menjadi tunjang kehidupan seseorang Muslim.
Syaitan dan sekutunya telah berjanji kepada Allah SWT untuk terus menyesatkan orang yang beriman.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 119 yang bermaksud:
"Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan menyuruh mereka membelah telinga binatang ternak; dan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang dita'ati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata."
Agama Islam sangat mengambil berat dalam memperbetulkan pegangan akidah umatnya supaya pandangan dan sikap mereka menjadi lurus dan tasawwur mereka tentang sesuatu perkara menjadi jelas.
Jangan kita mengikut contoh umat jahiliyah dahulu yang menganggap persoalan akidah hanya sekadar mengumumkan identiti diri dan melahirkan perbuatan baik sahaja sedangkan hakikat iman ialah panduan antara keyakinan di hati tentang dasar-dasar akidah dengan melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan tegahan-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 15 yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman ialah orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang yang benar."
Ayat ini mengisyaratkan bahawa kualiti iman boleh diukur dan dinilai melalui amalan seharian.
Banyak dan berkualitinya amal soleh seseorang itu maka tinggilah kualiti iman yang dimiliki dan begitulah sebaliknya.
Oleh itu, iman yang sebenar adalah merupakan penjana kekuatan dan kecemerlangan ummah.
Kasih sayang
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia.
Kasih sayang di antara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi yang dinamakan sebagai perkahwinan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa yang berkemampuan untuk al-baah maka hendaklah dia berkahwin kerana sesungguhnya perkahwinan itu lebih menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu penghalang baginya daripada syahwat." - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang melalui ikatan yang sah perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Kasih sayang yang utama adalah hanya kepada Allah SWT, Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya.
Kasih sayang berlandaskan keimanan akan melahirkan cahaya keinsafan kepada hakikat diri dan pencipta-Nya sehingga sanggup berkorban dan mampu menundukkan hawa nafsu jahat.
Firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 207 yang bermaksud:
"Dan di antara manusia ada Yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya."
Justeru bagi menyelamatkan agama dan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah, sambutan hari Valentine hendaklah dihentikan daripada diraikan oleh umat Islam.
Janganlah terjebak dengan budaya songsang yang boleh melemahkan ummah dan menyesatkan.
Wujudkanlah perasaan anti hari Valentine di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi akidah, syariah dan tamadun manusia.
Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran.
Semua umat Islam perlu sedar dan bersatu menolak sambutan hari Valentine kerana ia merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam dan bukannya menyerahkan tanggungjawab ini hanya kepada pihak pemerintah semata-mata.
Jika semua umat Islam bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing, segala budaya maksiat dan songsang ini akan dapat dihentikan.
Perkasakan akidah
Ibu-bapa hendaklah mendidik anak-anak dengan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar dengan menutup segala pintu maksiat dan kemungkaran, senantiasa memerhati gerak-geri anak-anak sama ada dari segi tingkah lakunya dan pergaulan hariannya.
Cuba bayangkan, apakah akibatnya kepada institusi keluarga dan masa depan negara jika masih ada lagi ibu bapa yang leka dan sanggup membiarkan anak-anak mereka terus bergelumang dalam maksiat dan pergaulan bebas?
Oleh itu, perkasakan akidah diri kita, keluarga dan masyarakat dengan menanam rasa cinta dan kasih sayang kepada Allah SWT dan Rasul-Nya serta mematuhi segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan, mudah-mudahan dengan cara ini kehidupan kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.
Renungilah firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud:
"Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami bukakan kepada mereka keberkatan dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami) lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
sumber: e-khutbah JAKIM
Friday, February 8, 2013
Pokok getah tertua di Malaysia
Sebatang pokok getah yang terletak berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar merupakan satu-satunya pokok getah pertama yang masih hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam di Tanah Melayu. Pokok getah itu sudah berusia 135 tahun.
Getah dikenali dengan nama saintifik Hevea Brasiliensis. Mengikut sejarah, individu yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama ialah ahli botani Inggeris, H.N. Ridley.
H.N. Ridley atau lebih dikenali sebagai 'Crazy Ridley' telah membawa biji-biji getah dari Kew Garden di London ke Singapura dan kemudiannya ke Kuala Kangsar.
Biji-biji benih tersebut ditanam di sekitar bandar Kuala Kangsar pada tahun 1877.
Sebagai tanda kenangan, sebuah batu peringatan diletakkan di pangkal pokok tersebut.
Pokok getah tersebut masih hidup subur sehingga kini. Ia boleh mengeluarkan susu yang banyak apabila ditoreh.
Susu yang dihasilkannya berwarna merah terlebih dahulu sebelum bertukar kepada warna putih seperti kebiasaannya.
Selepas getah didapati hidup dengan baik di Kuala Kangsar, ia mula ditanam secara komersial di Malaysia pada tahun 1902.
Industri getah terus berkembang di negara ini dan ia merupakan penyumbang utama eksport negara khususnya pada tahun 1970-an.

Thursday, February 7, 2013
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur mendapat namanya daripada Sungai Gombak yang dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Lumpur.
Kuala Lumpur ditemui pelombong bijih timah berketurunan Bugis, Raja Abdullah.
Hasil bijih timah yang ditemui di Sungai Gombak dari Klang telah mengundang Kapitan Cina, Yap Ah Loy untuk membuka lombong bijih timah yang lebih besar sekitar tahun 1870-an.
Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari di tiga wilayah iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan.
Kuala Lumpur pada mulanya dimiliki kerajaan negeri Selangor sebelum diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada 16 April 1984.
Putrajaya mengambil alih peranan Kuala Lumpur sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 1999.
Kuala Lumpur menjadi ibu negara Malaysia, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sementara Labuan menjadi pusat perniagaan, hab minyak dan gas, pusat kewangan antarabangsa dan destinasi pelancongan.
-Kosmo!
Wednesday, February 6, 2013
Pengembaraan Keling dan Kumang
Pengembaraan Keling dan Kumang ialah kisah masyarakat kaum Iban di Sarawak yang mempunyai banyak versi penceritaan dan diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.
Keling yang berasal dari alam bunian atau dunia langit turun ke bumi bersama dua orang sepupunya yang bernama Pungga dan Bunga Nuing untuk mencari seorang isteri.
Dalam pengembaraan itu, Keling menempuh pelbagai rintangan. Rintangan yang pertama ialah kehilangan dua orang sepupunya semasa berada dalam hutan tebal.
Dalam usaha Keling mencari sepupunya, dia bertembung dengan gergasi yang bergaduh sesama sendiri kerana berebut makanan iaitu manusia.
Melalui rintangan yang pelbagai itu, Keling memperoleh tiga pengaroh (keajaiban) yang membolehkannya bercakap dengan serangga seperti lalat dan semut, malah kunang-kunang patuh kepada arahan Keling selain dia diberi kekuatan dan boleh menyembuhkan penyakit.
Pengembaraan Keling diteruskan sehingga dia tiba di sebuah perkampungan rumah panjang Iban. Di situlah dia bertemu seorang gadis cantik bernama Kumang sebelum kedua-duanya bertaut kasih.
-Kosmo!
Tuesday, February 5, 2013
Pesta Benak Sri Aman
Benak berlaku apabila air pasang dari laut 'pecah' setelah bertembung dengan pulau dan membentuk ombak di Muara Batang Lupar dekat Pulau Seduku dalam bahagian Sri Aman, Sarawak.
Ombak ini dikesan menghala sejauh 120 kilometer ke arah hulu sungai hingga ke bandar Sri Aman dan Engkelili.
Ketinggian ombak ialah antara tiga meter hingga enam meter dengan kelajuan purata 20 kilometer sejam.
Keunikan fenomena alam ini mendorong kepada penganjuran Pesta Benak sejak tahun 2001.
Benak biasanya berlaku dari Februari hingga Jun.
Ramai pengunjung turut menunjukkan kemahiran mengendalikan bot sewaktu fenomena benak berlaku.
-Kosmo!, www.tidalbore.info/malaysia/lupar.html
Monday, February 4, 2013
Mengharmonikan masyarakat
Piagam Madinah
Berdasarkan kepada sirah Rasulullah SAW, pendekatan agama memainkan peranan yang besar dalam mengharmonikan masyarakat.
Rasulullah SAW ketika merangka Piagam Madinah, Baginda telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu.
Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah SAW dalam membentuk Piagam Madinah:
Di antara butir-butir kesepakatan yang terkandung dalam Piagam Madinah ialah sesiapa yang hidup dan tinggal di wilayah Madinah, baik orang Islam mahupun bukan Islam dengan syarat tidak berbuat zalim, khianat dan huru-hara, maka hendaklah mereka dilindungi dan diberi keamanan di bawah kekuasaan Islam yang suci.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dengan maksudnya:
"Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barangsiapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Tuhan." - Hadis Riwayat Abu Daud
Begitu juga dengan apa yang diriwayatkan daripada Jabir Abdullah RA katanya:
"Satu jenazah lalu di hadapan kami (para sahabat), maka Rasulullah SAW berdiri. Lalu kamipun turut berdiri. Kami berkata kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, itu adalah jenazah yahudi”. Sabda Rasulullah SAW “apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah." - Hadis Riwayat al-Bukhari.
Hadis ini memberi isyarat bahawa Islam menggalakkan umatnya menghormati semua agama dan kaum kerana Islam menuntut kita supaya saling hormat-menghormati dan bersikap lebih kemanusiaan sesama manusia yang lain.
Inilah konsep yang telah terbina dan diamalkan oleh pemerintah semenjak kemerdekaan sehingga berjaya mewujudkan masyarakat berbilang agama yang sentiasa hidup harmoni di negara ini.
Menurut Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Fatawa ibn Taimiyah bahawa:
Kesejahteraan umat manusia tidak dapat diwujudkan di dunia maupun di akhirat, kecuali mereka bergabung menjadi sebuah masyarakat, bekerjasama dan saling tolong menolong untuk menciptakan kesejahteraan dan mencegah kesengsaraan.
Kerana itu agama Islam telah mengatur prinsip-prinsip dasar semua bidang kehidupan umat manusia termasuklah konsep hubungan dengan penganut agama lain.
Firman Allah SWT di dalam surah al-An'aam ayat 108 yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan."
Kebebasan beragama
Di negara kita, sejarah membuktikan bahawa dasar hidup pelbagai agama, keturunan dan budaya dapat membentuk masyarakat yang harmoni.
Walaupun kebebasan beragama dibenarkan di negara kita, namun ianya dilindungi oleh Perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai Agama Persekutuan atau Agama Negara.
Bagaimanapun, agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Dalam usaha mengukuhkan Islam, Perlembagaan juga memperuntukkan dalam Perkara Sebelas (11)(4) bahawa daayah agama lain kepada umat Islam adalah dilarang.
Oleh itu, agama Islam telah mengajar kita bagaimana untuk menghormati dan melindungi hak penganut agama lain.
Pengajaran paling penting adalah kita dilarang berlaku tidak adil terhadap mereka hanya disebabkan perbezaan agama.
Sebaliknya, jika hak Islam digugat, hak orang Islam dipertikai, orang Islam diperkotak-katikkan maka baharulah Islam mengizinkan umatnya bertindak mengikut lunas-lunas sebagaimana yang digariskan oleh syara'.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9 yang bermaksud:
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
Ingatlah, jangan ada antara kita yang sanggup memanipulasikan isu berkaitan agama demi kepentingan diri kerana kesannya sangat buruk pada agama dan negara.
Toleransi dalam Islam
Seharusnya umat Islam memahami tuntutan mengharmonikan masyarakat dan bertoleransi dalam kehidupan.
Namun, perlu diingat, toleransi yang dimaksudkan bukanlah bererti kita mengakui doktrin keyakinan mereka kerana di dalam persoalan akidah, Islam tidak sama sekali berkompromi dengan kekufuran atau kesyirikan.
Toleransi yang dimaksudkan oleh Islam ialah kita tidak melampaui batas dalam perkara yang telah dipersetujui.
Sikap melampau sebenarnya akan menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya akan melemahkan kestabilan sosio-politik negara.
Umat Islam yang menjiwai makna keharmonian adalah mereka yang sentiasa bersikap terbuka dan saling menghormati antara satu sama lain.
Kepada mereka yang bukan Islam, janganlah mempertikaikan perkara yang telah termaktub di dalam perlembagaan dan dipersetujui bersama serta mempertikai hak-hak eksklusif orang Islam.
Hujatul Islam al-Ghazali pernah berpesan bahawa sesuatu umat itu perlu mantap pegangan agamanya. Tidak sempurna agama melainkan seiring dengan dunia.
Agama itu tiang utama, sementara kekuasaan adalah penjaganya. Sesuatu yang tidak bertiang pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada penjaga, pasti akan musnah dan hilang.
Inilah masanya umat Islam sedar betapa Ulil Amri di negara ini sentiasa mementingkan masa depan akidah dan hala tuju umat Islam.
Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia
Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia disambut pada setiap minggu pertama bulan Februari setiap tahun.
Ia bertujuan untuk mewujudkan keharmonian antara penganut agama dan mengarus perdanakan agama sebagai jalan penyelesaian terhadap konflik dunia.
Kepada umat Islam, apakah kita telah melaksanakan seruan Rasulullah SAW agar sentiasa bermuamalah dengan baik kepada semua manusia?
Apakah kita telah mencontohi akhlak Baginda SAW ketika berurusan dengan bukan Islam yang berlindung di bawah pemerintahan Islam?
Menerusi akhlak dan sikap kita ini, insya Allah dengan izin-Nya masyarakat bukan Islam akan tertarik dengan medan dakwah bil hal (dakwah dengan contoh perbuatan yang nyata) kita.
Mudah-mudahan dengan kita kembali merenung dan menilai perjalanan hidup Baginda, kita mampu berdakwah dengan akhlak dan prinsip-prinsip yang telah digariskan oleh agama kita.
Semoga dengan itu juga, kita mampu menterjemahkan Islam sebagai agama Rahmatan lil 'Alamin (rahmat bagi seluruh manusia dan alam).
Eratkan silaturrahim sesama Islam dan tingkatkan dakwah kepada bukan Islam menerusi toleransi dan kemuliaan akhlak kita seperti yang digariskan oleh Islam yang suci.
Yakinlah, seluruh umat Islam bertanggungjawab mengekalkan keharmonian dan sebab itulah kita perlu menolak sebarang unsur yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum dan agama.
Percayalah, menerusi sifat-sifat yang dinyatakan tadi akan mampu melenyapkan salah faham mereka terhadap Islam selama ini hasil dari propaganda media barat yang memusuhi Islam.
Semoga negara yang tercinta ini terus maju, aman dan damai, dan menjadi payung serta pelindung kepada Islam dan umatnya.
Bayangkan, segala kenikmatan dan kebahagian pasti akan dirasai oleh seluruh umat hasil mengamalkan sifat dan akhlak yang telah disebutkan.
Renungilah firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 64 yang bermaksud:
"Katakanlah: Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dengan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan-Nya sesuatupun; dan jangan sebahagian dari kita mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling, maka katakanlah kepada mereka: Saksikanlah bahawa kami adalah orang Islam."

- Mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat, tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam dan tempat pentadbiran.
- Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin bagi mewujudkan persefahaman dan membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.
- Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Friday, February 1, 2013
Masjid Padang Kota, Ipoh
Masjid Padang Kota terletak di Jalan S.P. Seenivasagam, Ipoh, Perak. Masjid ini dibina dengan gaya Mogul.
Masjid ini dibina oleh Shaik Adam, seorang Tamil Muslim kaya pada tahun 1908.
Pembinaan masjid ini pernah menimbulkan pertikaian dengan komuniti Muslim dalam kawasan sekitar.
-Kosmo!
Masjid ini dibina oleh Shaik Adam, seorang Tamil Muslim kaya pada tahun 1908.
Pembinaan masjid ini pernah menimbulkan pertikaian dengan komuniti Muslim dalam kawasan sekitar.
-Kosmo!
Subscribe to:
Posts (Atom)