Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 22, 2013

Alahan lipas pencetus asma



Kajian yang dilakukan di 10 buah negara Eropah menunjukkan lebih daripada 30 peratus penduduk dunia mengalami alahan.

Menurut kajian Agensi untuk Bahan Toksik dan Pendaftaran Penyakit, alahan pada lipas dikenal pasti sebagai punca utama asma di kebanyakan bahagian di dunia.

Alahan pada lipas boleh dijangkiti melalui beberapa medium termasuk air liur lipas, najis, kulit dan juga sampah atau sisa yang melekat pada badan serangga tersebut.

Di samping mencetuskan asma, ia juga akan menyebabkan simptom alahan seperti kerengsaan kulit, kegatalan pada hidung, mata dan tekak.

Walaupun pelbagai spesies lipas boleh ditemui di seluruh dunia, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) memaklumkan bahawa rumah-rumah di kawasan urban dan selatan merupakan paling berisiko untuk mengalami serangan lipas.

Laporan Yayasan Asma dan Alahan Amerika Syarikat mengatakan bahawa 78 hingga 98 peratus rumah moden di bandar mempunyai lipas. Malah, jangan terperanjat jika dianggarkan sebanyak 900 hingga 330,000 ekor lipas berada dalam setiap rumah!

-Kosmo!

No comments: