Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, February 8, 2013

Pokok getah tertua di Malaysia

Sebatang pokok getah yang terletak berhampiran Pejabat Daerah Kuala Kangsar merupakan satu-satunya pokok getah pertama yang masih hidup daripada sembilan pokok getah asal yang ditanam di Tanah Melayu. Pokok getah itu sudah berusia 135 tahun.

Getah dikenali dengan nama saintifik Hevea Brasiliensis. Mengikut sejarah, individu yang bertanggungjawab menjadikan Kuala Kangsar sebagai daerah industri getah yang pertama ialah ahli botani Inggeris, H.N. Ridley.

H.N. Ridley atau lebih dikenali sebagai 'Crazy Ridley' telah membawa biji-biji getah dari Kew Garden di London ke Singapura dan kemudiannya ke Kuala Kangsar.

Biji-biji benih tersebut ditanam di sekitar bandar Kuala Kangsar pada tahun 1877.

Sebagai tanda kenangan, sebuah batu peringatan diletakkan di pangkal pokok tersebut.

Pokok getah tersebut masih hidup subur sehingga kini. Ia boleh mengeluarkan susu yang banyak apabila ditoreh.

Susu yang dihasilkannya berwarna merah terlebih dahulu sebelum bertukar kepada warna putih seperti kebiasaannya.

Selepas getah didapati hidup dengan baik di Kuala Kangsar, ia mula ditanam secara komersial di Malaysia pada tahun 1902.

Industri getah terus berkembang di negara ini dan ia merupakan penyumbang utama eksport negara khususnya pada tahun 1970-an.

-Kosmo!

No comments: