Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, February 6, 2013

Pengembaraan Keling dan Kumang


Pengembaraan Keling dan Kumang ialah kisah masyarakat kaum Iban di Sarawak yang mempunyai banyak versi penceritaan dan diturunkan daripada satu generasi ke satu generasi.

Keling yang berasal dari alam bunian atau dunia langit turun ke bumi bersama dua orang sepupunya yang bernama Pungga dan Bunga Nuing untuk mencari seorang isteri.

Dalam pengembaraan itu, Keling menempuh pelbagai rintangan. Rintangan yang pertama ialah kehilangan dua orang sepupunya semasa berada dalam hutan tebal.

Dalam usaha Keling mencari sepupunya, dia bertembung dengan gergasi yang bergaduh sesama sendiri kerana berebut makanan iaitu manusia.

Melalui rintangan yang pelbagai itu, Keling memperoleh tiga pengaroh (keajaiban) yang membolehkannya bercakap dengan serangga seperti lalat dan semut, malah kunang-kunang patuh kepada arahan Keling selain dia diberi kekuatan dan boleh menyembuhkan penyakit.

Pengembaraan Keling diteruskan sehingga dia tiba di sebuah perkampungan rumah panjang Iban. Di situlah dia bertemu seorang gadis cantik bernama Kumang sebelum kedua-duanya bertaut kasih.

-Kosmo!

No comments: