Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, February 21, 2013

Felda Global Ventures Holdings (FGV)


Felda Global Ventures Holdings (FGV) ditubuhkan di bawah Akta Ordinan Tanah 1956 tetapi diperbadankan pada 6 September 1995.

Felda Holdings menjadi syarikat pegangan awam pada 3 Oktober 2003, kini mempunyai jumlah permodalan melebihi RM5 bilion dengan RM20 juta dalam bentuk modal berbayar.

FGV adalah syarikat ketiga terbesar dunia berasaskan operasi perladangan kelapa sawit menurut Frost and Sullivan 2011.

FGV menguruskan dan memiliki lebih 800,000 hektar tanah termasuk 355,864 hektar ladang kelapa sawit dengan 5.2 juta metrik tan buah tandan segar pada 2011.

FGV juga merupakan pengeluar terbesar gula di Malaysia.

FGV telah menggaji 19,000 kakitangan dengan sokongan 46,795 buruh di 300 ladang, 70 kilang minyak kelapa sawit , tujuh kilang penapis, empat kilang penghancur isirung sawit, 13 kilang getah dan kilang pemasangan logistik.

FGV juga memiliki lebih 50 anak syarikat serta rangkaian syarikat dan kepentingan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Pakistan, China, Sri Lanka, Thailand, Afrika Selatan dan Perancis.

Prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) berjumlah 2.19 bilion saham biasa dengan jangkaan pasaran modal RM16 bilion.

IPO terbesar di Asia pada tahun 2012 dan kedua terbesar di dunia selepas Facebook.

Daripada 2.19 bilion saham, sebanyak 1.5 bilion diperuntukkan untuk pelabur institusi serta pelabur terpilih Malaysia dan asing.

FGV disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.

-Kosmo!, www.feldaholdings.com

No comments: