Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, July 8, 2014

Saintis dapati fruktosa boleh menyebabkan obesiti


Saintis-saintis di Amerika Syarikat menggunakan ujian pengimejan untuk menunjukkan gula fruktosa yang sarat dalam diet warga Amerika Syarikat boleh mencetuskan perubahan dalam otak yang membawa kepada masalah makan berlebihan.

Dalam kajian tersebut, mereka mendapati bahawa selepas meminum minuman mengandungi fruktosa, otak manusia tidak menganggapnya sebagai perasaan kenyang seperti selepas mengambil glukosa.

Mengulas kajian itu, beberapa pakar berkata, penemuan tersebut mengukuhkan lagi bukti bahawa fruktosa boleh menyebabkan obesiti.

Pengambilan gula itu yang ditambah ke dalam makanan dan minuman yang diproses meningkat dengan mendadak sejak tahun 1970-an, selari dengan kadar obesiti.

Setakat ini, satu pertiga kanak-kanak dan remaja dan lebih dua pertiga penduduk dewasa Amerika Syarikat mengalami masalah obesiti atau berat badan berlebihan.

Tidak semua gula sama walaupun bahan tersebut mengandungi kalori yang sama.

Gula pasir iaitu sukrosa mengandungi separuh fruktosa dan sebahagian glukosa.

Sirap jagung yang kerap digunakan dalam makanan dan minuman yang diproses mengandungi kandungan fruktosa tinggi iaitu 55 peratus berbanding 45 peratus glukosa.

Fruktosa ialah benda manis yang dibuat daripada pati tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.

- Kosmo!, Agensi, 3 Januari 2013.

No comments: