Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, July 7, 2014

Buah-buahan tempatan


Malaysia kaya dengan pelbagai jenis buah tropika seperti durian, manggis, rambutan, duku dan langsat.

Kandungan vitamin C lebih tinggi dalam sebiji buah rambutan jika dibandingkan dengan epal.

Kandungan vitamin C pada rambutan dan pulasan adalah 70 miligram (mg) per 100 gram (g) berbanding epal iaitu hanya sekitar 6 mg per 100g.

Vitamin C amat penting untuk tubuh terutamanya untuk meningkatkan sistem imuniti badan serta melindungi daripada jangkitan penyakit dan selsema.

Kedua-dua rambutan dan pulasan mempunyai kandungan air yang tinggi iaitu melebihi 80 peratus.

Kandungan proteinnya di sekitar 0.5 hingga 0.8 peratus dan kandungan lemaknya pula adalah agak rendah iaitu 0.3 hingga 0.55 peratus.

Pemakanan durian juga elok diamalkan kerana mengandungi potasium yang baik untuk kesihatan jantung.

Selain mengandungi 1,060 mg potasium, durian juga membekalkan sumber vitamin C, tenaga dan mineral.

Isinya kaya dengan fiber, baik untuk proses penghadaman dan sembelit.

Kulit buah manggis mempunyai bahan aktif biologi yang sangat kaya dengan antioksida dan dipercayai berkesan untuk mencegah penyakit.

Buah manggis berpotensi untuk mencegah batu karang, kanser dan merendahkan kolesterol dalam badan.

Dinasihatkan agar memakan buah-buahan tempatan dalam kuantiti sederhana, sekadar untuk mendapatkan khasiat di samping menikmatinya.

Air kosong perlu diambil selepas menikmati buah durian.

Elakkan memakan buah durian ketika perut kosong dan sebelum tidur dan jangan memakannya bersama air minuman berkarbonat.

Susuli memakan durian dengan memakan manggis kerana buah manggis dapat menyejukkan tubuh.

Kulit kayu biji rambutan yang terlekat pada isi buahnya tidak boleh dimakan kerana boleh menyebabkan batuk.

sumber: Bernama, Dr. Zabedah Mahmood, Pusat Penyelidikan Hortikultur Mardi, Dr. David A. Morton, University of Utah.

No comments: