Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, July 9, 2014

Berat badan berlebihan bukan masalah kesihatan


Satu analisis yang dibuat pada tahun 2013 mendapati bahawa berat badan berlebihan daripada paras yang ideal tidak akan menjadi masalah kesihatan yang serius.

Hasil daripada analisis tersebut mendapati bahawa lemak yang terkumpul dalam tubuh badan manusia mungkin bertukar menjadi sumber tenaga simpanan sewaktu seseorang jatuh sakit dan memberi kekuatan kepada tubuh untuk terus hidup.

Analisis yang disiarkan dalam Journal of the American Medical Association (2013) itu merumuskan bahawa risiko kematian kepada mereka dalam kumpulan terlebih berat badan selepas mengambil kira faktor seperti jantina, umur dan merokok adalah lebih rendah berbanding mereka dalam kategori normal.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran manfaat tersebut akan hilang sekiranya berat berlebihan beberapa kilogram itu bertambah dengan banyaknya.

Kajian sama turut mendapati mereka yang 'sedikit obes' dengan ketinggian dan berat merangkumi indeks jisim badan (BMI) antara 30 hingga 35 didapati lima peratus kurang berisiko meninggal dunia sepanjang tempoh kajian.

Namun bagi mereka yang obes dengan BMI 35 dan ke atas, kadar kematian melonjak sebanyak 29 peratus berbanding subjek yang mempunyai berat badan normal.

Bagi Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad, seseorang yang mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti bersenam.

Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut maka individu tersebut akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan gout.

Individu berkenaan juga mungkin akan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi di dalam tubuh.

sumber: Artikel Lemak beri tenaga ketika sakit, Kosmo! 4 Januari 2013, Artikel Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang oleh Luqman Ridhwan Mohd. Nor dan Ikhwan Hazwan Hamidun, Kosmo! 4 Januari 2013.

No comments: