Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, July 4, 2014

Khat kufi

Image kredit: hargaruntuhonline.blogspot.com

Seni tulisan khat kufi berasal dari Kuffah, Iraq dan ia dihasilkan dalam bentuk batu-bata.

Ia disusun dan digunakan dalam masjid serta rumah.

Khat itu terbahagi kepada pelbagai corak antaranya khat kufi basit, khat kufi musattar, khat kufi mutalasiq, khat kufi muwarraq dan khat kufi murabba.

Khat kufi bukanlah sebuah karya yang boleh dipandang rendah kerana khat itu juga menggunakan ayat-auat suci al-Quran sebagai subjek utama dalam setiap penghasilan karyanya.

Bukti jelas bahawa khat kufi mempunyai nilai-nilai Islam yang tinggi ialah menerusi hiasan yang terdapat di ruang mihrab masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW di Madinah iaitu Masjid Nabawi.

Di ruangan Masjid Nabawi, tertera dua potong ayat al-Quran iaitu surah al-Ahzab, ayat 40 dan surah at-Taubah ayat 128 yang menjadi hiasan utama di kiri serta kanan mihrab masjid itu.

Pada bahagian dalam Kaabah juga terdapat dua kalimah syahadah yang dibuat menggunakan teknik khat kufi.

Khat kufi tidak menggunakan sebarang baris dalam setiap huruf yang digunakan.

Khat kufi dihasilkan dengan bentuk segi empat tepat dan memanjang.

Khat kufi dipertikaikan kerana penulis dan pelukis khat kufi didakwa menterbalikkan ayat al-Quran.

Dua orang penulis khat kufi bertaraf dunia yang memeluk agama Islam setelah mendalami teknik-teknik seni khat ialah Fuad Koachi Honda dari Jepun dan Muhammad Zakariya dari Amerika Syarikat.

Logo rasmi yang digunakan Muzium Kesenian Islam Malaysia dibina dalam bentuk karya kufi murabba.

sumber: Artikel Kebolehbacaan jadi keutamaan oleh Muhammad Ayman Ghaffa, Kosmo! 3 Januari 2012

No comments: