Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, July 3, 2014

Organik


Secara umum, makanan organik diperbuat mengikut piawaian pengeluaran tertentu.

Ia merupakan bahan-bahan atau tanaman yang dihasilkan tanpa penggunaan racun perosak, baja sintetik, sisa kumbahan, organisma yang diubahsuai secara genetik atau sinaran ion.

Bagi haiwan seperti lembu, kerbau, ayam dan itik yang menghasilkan daging, telur dan produk tenusu, ia perlu diternak tanpa menggunakan antibiotik atau hormon pertumbuhan.

Pengeluaran makanan organik ialah sebuah industri yang dikawal ketat, berbeza daripada penanaman sendiri atau yang menggunakan kaedah sintetik.

Pertanian organik dipercayai sudah dipraktikkan sejak 5,000 tahun yang lalu.

Sebagai contoh, perkebunan hutan merupakan sistem pengeluaran makanan organik yang bermula pada zaman prasejarah dan dianggap agro-ekosistem tertua di dunia.

Selepas revolusi perindustrian memperkenalkan kaedah penanaman tidak organik, ia semakin dipinggirkan.

Bagaimanapun, kesedaran terhadap bahan organik bermula sekitar tahun 1940-an sebagai reaksi kepada perkembangan pergantungan dengan baja sintetik dan kawalan rumpai herba.

Sejarah kebangkitan moden pertanian organik muncul semula pada separuh masa pertama abad ke-20 pada satu masa apabila terdapat pergantungan yang semakin meningkat terhadap kaedah baharu, organik sintetik.

Pada April 2008, statistik makanan organik hanya merangkumi satu hingga dua peratus daripada jualan makanan sedunia.

- Kosmo!

No comments: