Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, April 11, 2014

Sindrom Angelman

Sindrom Angelman ialah suatu keadaan genetik yang jarang berlaku.

Ia dikenal pasti pada tahun 1965 oleh seorang doktor di Britain, Harry Angelman (gambar).

Pada asalnya dipanggil sindrom Happy Puppet kerana ciri gembira yang ditonjolkan penghidap sebelum ditukar kepada sindrom Angelman pada tahun 1982.

Sindrom Angelman bukanlah penyakit. Ia gangguan neurologi yang menyebabkan pesakit menghadapi kesukaran dalam pembelajaran dan memerlukan penjagaan rapi sepanjang hayat mereka.

Penghidap sindrom Angelman akan menunjukkan perilaku riang, selalu ketawa dan kelihatan terlalu gembira.

Simptom lain sindrom Angelman ialah kesukaran untuk berjalan kerana tidak dapat berdiri dengan seimbang dan tidur yang tidak menentu.

sumber: Artikel Penyakit sentiasa ketawa oleh Noor Syahidatool Aqma Mohd. Noor, Kosmo! 9 Disember 2012

No comments: