Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 14, 2014

Manfaat cili


Antikanser

Cili didakwa bermanfaat bagi mengurangkan risiko kanser.

Pasukan penyelidik Institut Kanser Komprehensif di Pusat Perubatan Cedars-Sinai dengan kolaborasi saintis Universiti California Los Angeles (UCLA) menyatakan komponen kapsaisin membunuh sel kanser prostat.

Proses itu dipanggil apoptosis.

Kajian yang dijalankan ke atas haiwan mendapati pengambilan 400 miligram kapsaisin selama empat minggu telah mengurangkan saiz tumor kanser prostat.


Menguruskan badan

Penyelidikan terhadap tikus makmal mendapati komponen kapsaisin juga menawarkan harapan untuk menguruskan badan bagi mereka yang berdepan masalah obesiti.

Kepedasan dan rasa panas selepas memakan cili akan membakar kalori.

Malah, cili kurang pedas pun mempunyai kapsaisin yang cukup untuk meningkatkan proses termogenesis (proses pemanasan tubuh) dan pengambilan oksigen sehingga 20 minit selepas dimakan.


Menurunkan insulin, mengurangkan risiko diabetes

Penyelidik di Universiti Tasmania, Australia mendedahkan dalam kajian mereka bahawa responden yang mengambil makanan mengandungi cili memiliki tahap insulin yang lebih rendah.

Kajian itu disiarkan American Journal of Clinical Nutrition yang menyatakan kadar insulin yang rendah dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah sekaligus merendahkan risiko penyakit diabetes jenis 2.

- Kosmo!

No comments: