Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, April 7, 2014

Barang-barang yang tidak perlu anda miliki


Setiap hari penduduk dunia menjana sampah bertan-tan tanpa menyedari kebanyakan sampah yang terhasil boleh dielakkan.

Penduduk Amerika Syarikat sahaja menghasilkan 250 juta tan sampah pada tahun 2008 dan satu pertiga yang dikitar semula manakala yang lain ke tapak pembuangan sampah.

Sisa makanan boleh dijadikan baja manakala sampah yang terdiri daripada kertas dan kotak kadbod boleh dikitar semula secara mudah dengan menghantar ke pusat kitar semula.

Terdapat beberapa barangan pakai buang yang sebenarnya anda tidak perlu gunakan sekali gus dapat mengurangkan pengeluaran timbunan sampah di seluruh dunia.

Dalam laman web TLC, http://tlc.howstuffworks.com telah menyenaraikan barang-barang yang tidak diperlukan oleh manusia dalam kehidupan ini antaranya:

1. Pembalut plastik - Gantikan dengan bekas penyimpanan dengan penutup.

2. Kerajang timah - Gantikan dengan mangkuk untuk ketuhar ataupun bekas dengan penutup.

3. Kain pembersih pakai buang - Gunakan kain serat mikro yang boleh dicuci semula.

4. Tuala kertas - Gantikan dengan kain pengesat pinggang mangkuk.

5. Pen pakai buang - Beli sebatang pen yang hanya memerlukan penukaran atau penambahan dakwat.

6. Piring kertas - Gantikan dengan pinggan biasa. Memang leceh untuk mencuci tetapi amat berbaloi.

7. Kutleri plastik - Lebih baik guna yang diperbuat daripada logam.

8. Pencukur pakai buang - Beli pencukur yang mahal tetapi hanya perlu menukar mata pencukur.

9. Bungkusan buah-buahan dan sayur-sayuran.

10. Bungkusan snek yang berasingan.

11. Pengasah pensel tenaga elektrik.

12. Lampin pakai buang - Lampin kain juga mudah digunakan sekarang.

13. Pakaian dalam pakai buang - Mencuci jenis fabrik secara berkala dapat mengelakkan jangkitan bakteria.

14. Beg plastik dari pasar raya.

15. Air botol - Lebih baik pasang penapis air di rumah kerana ia lebih menjimatkan dalam tempoh yang panjang.

16. Pembuka tin elektrik.

17. Bekas puding atau yogurt individual - Lebih baik gunakan bekas yang besar dan pastikan ia boleh diguna semula.

18. Cawan plastik.

19. Tisu basah - Lebih baik gunakan gel pembasmi kuman.

20. Tisu muka - Sapu tangan lebih baik jika anda tidak mengalami batuk yang teruk.

21. Cetakan bil - Tukar semua bil kepada kaedah elektronik.

-Kosmo!

No comments: