Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, April 4, 2014

Tan Sri Siti Norma Yaacob


Tan Sri Siti Norma Yaacob dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 Julai 1940.

Beliau ialah anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik. Suaminya ialah Datuk Seri Meor Ayob Meor Shafie dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Meor Amri, Meor Azmi dan Norhashima.

Tan Sri Siti Norma Yaacob mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Rahang, Seremban, Negeri Sembilan kemudiannya sekolah menengah di Convent of the Holy Infant Jesus, Negeri Sembilan dan King George V, Negeri Sembilan.

Tan Sri Siti Norma Yaacob menjadi pelajar Melayu pertama yang mengikuti jurusan Undang-undang di Universiti Malaya. Beliau mendapat Barrister at Law di Gray's Inn London dan tahun yang sama juga beliau diterima menjadi peguam (1962).

Tan Sri Siti Norma Yaacob telah berkhdmat dalam profesion undang-undang di negara ini selama 43 tahun.

Beliau ialah wanita pertama yang memegang jawatan Penolong Pendaftar Kanan di Mahkamah Persekutuan pada Jun 1963.

Beliau juga Presiden Wanita Pertama Mahkamah Seksyen (1966) dan juga Presiden Wanita Pertama untuk Mahkamah Sesyen Kanan pada Disember 1973.

Tan Sri Siti Norma Yaacob dinaikkan pangkat menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Bahagian Perdangangan pada 1988 sekali gus menjadi wanita pertama menyandang jawatan tersebut.

Beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Malaya (2005 - 2007) dan bersara pada usia 67 tahun.

Setelah itu beliau dilantik sebagai enam hakim baharu Mahkamah Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) (2008) dan menjadi hakim wanita pertama yang menyertai mahkamah itu yang merupakan satu sistem kehakiman bebas mempunyai bidang kuasa mengenai perkara berbangkit dari dan dalam DIFC.

Tan Sri Siti Norma Yaacob ialah Ahli Konsul Eksekutif, Eisenhower Fellows Association Malaysia sejak 1992.

Jawatan terkini beliau ialah Pro-Canselor Universiti Malaya dan Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia.

Pada tahun 2012, Tan Sri Siti Norma Yaacob telah dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Ikon 2012 anjuran majalah Wanita terbitan Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

sumber: Artikel Norma kebanggaan wanita Malaysia oleh Normala Hamzah, Kosmo! 12 Disember 2012.

No comments: