Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 8, 2014

Alat kebesaran yang digunakan oleh Sultan dan Pembesar Melaka sewaktu zaman Kesultanan Melaka

Genta

Genta ialah sejenis alat bunyian kebesaran rasmi yang menyambut kehadiran Yang Dipertuan Sultan Melaka dalam sesuatu majlis atau istiadat.


Puan (Tepak Sirih) Sultan Melaka

Puan diperbuat daripada kayu dengan ukiran Bunga Kempa Melaka Pecah atau berkelopak lapan seperti cop mohor kerajaan Melaka.


Cipan, sejenis senjata yang digunakan oleh hulubalang Melaka, kredit imej: http://tintaberangan.blogspot.com


Cipan

Cipan digunakan oleh hulubalang Melaka ketika bertempur dengan armada Portugis sewaktu penaklukan Melaka.


Keris Penyalang yang digunakan untuk menyalang atau menghukum pesalah, kredit imej: http://kerispenyalang.blogspot.com/

Keris Penyalang

Keris ini digunakan oleh Sultan Melaka untuk menghukum pembesar Melaka yang bermasalah dengan cara menusukkannya di tengkuk sehingga menembusi jantung, paru-paru dan usus.

sumber: Artikel Khazanah untuk tatapan anak bangsa oleh Muhammad Ayman Ghaffa, Kosmo! 10 Disember 2012

No comments: