Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, March 20, 2014

Yasser Arafat

ArafatEconomicForum
Imej Yasser Arafat sewaktu berucap pada World Economic Forum di Davos, Switzerland pada tahun 2001.

Pada 24 Ogos 1929, seorang bayi telah dilahirkan oleh sepasang penduduk Palestin, lantas diberi nama Mohammed Yasser Abdel Rahman Abdel Raouf Arafat al-Qudwa al-Husseini di Kaherah, Mesir.
Beliau dibesarkan di Kaherah dan disebabkan keluarganya mempunyai bilangan ahli yang ramai maka dia dan abangnya, Fathi dibesarkan oleh bapa saudaranya.

Dikatakan bahawa Arafat dan bapanya, Abdel Raouf al-Qudwa al-Husseini tidak mempunyai hubungan yang baik.

Beliau tidak menziarahi jenazah bapanya yang meninggal dunia pada tahun 1952.

Pakar sejarah berbangsa British, Alan Hart pernah menulis, Arafat pernah dipukul oleh bapanya kerana menghadiri majlis keagamaan Yahudi di Kaherah.

Apabila adik perempuan Arafat, Inam melontarkan pertanyaan mengapa dia perlu berkunjung ke tempat itu, Arafat berkata, dia mahu belajar mengenai metaliti orang Yahudi.

Pemimpin dunia itu belajar kejuruteraan awam di Universiti Raja Fuad I pada tahun 1944 hingga 1950.

Pemahamannya mengenai agama Yahudi dan Zionisme bertambah melalui perbincangan dengan ramai orang Yahudi.

Pada tahun 1956, Arafat membantu menubuhkan kumpulan pejuang Palestin, al-Fatah dan turut sama menerbitkan majalah Filastununa (Our Palestine.

Pada bulan May 1964, al-Fatah dan Popular Front for the Liberation of Palestine bergabung membentuk Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang merupakan pergerakan yang menggunakan taktik gerila.

Arafat memegang jawatan pemimpin PLO pada tahun 1969.

Dalam persidangan negara-negara Arab pada tahun 1974 di Rabat, PLO bersetuju untuk bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kepentingan penduduk Palestin.

Pada tahun 1980-an, PLO menempatkan ibu pejabat di beberapa negara seperti Tunisia, Yaman, Syria dan Jordan.

Pada tahun 1985, PLO bertsetuju untuk memberi pengiktirafan kewujudan negara Israel sekiranya memulangkan semula bahagian yang dirampas pada tahun 1948.

Pada tahun 1993, Arafat mencapai perjanjian keamanan dengan pemimpin Israel, Yitzhak Rabin dan Shimon Peres yang memperlihat pengunduran rejim Yahudi dari Jericho dan Gaza.

Pada tahun berikutnya, ketiga-tiga tokoh pemimpin itu berkongsi hadiah Nobel Keamanan.

Pada bulan-bulan akhir tahun 2004, selepas ditahan selama dua tahun oleh askar Israel, beliau jatuh sakit secara mendadak dan disahkan meninggal dunia pada November 2004.

Punca kematiannya masih menjadi perbalahan sehingga sekarang.

sumber: Artikel Arafat pemimpin agung Palestin susunan Adlan Jaafar, Kosmo! 16 November 2012.

No comments: