Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, March 19, 2014

Tan Sri Abdul Hamid Othman


Tan Sri Abdul Hamid Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Sik, Kedah.

Beliau terpilih menerima biasiswa kerajaan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar dalam bidang perundangan Islam.

Pada tahun 1977, beliau telah dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pelajaran dari tahun 1981 sehingga 1984 selain mengetuai Pusat Islam di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Islam.

Beliau turut aktif dalam politik dan pernah memenangi Pilihan Raya Umum pada tahun 1990 dan menjadi Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Tan Sri Abdul Hamid Othman dilantik menjadi penasihat kepada Perdana Menteri pada tahun 2001 hingga 2009 sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 23 Disember 2011 akibat serangan angin akhmar ketika berusia 72 tahun.

Pada 15 November 2012 Allahyarham Tan Sri Hamid Othman telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat kebangsaan.

Wang tunai sebanyak RM100,000, pingat, plak dan sijil penghargaan telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada balu Allahyarham, Puan Seri Jamilah Mohd. Said.

sumber: Artikel Allahyarham Abdul Hamid Tokoh Maal Hijrah, Kosmo! 16 November 2012.

No comments: