Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, March 21, 2014

Kehebatan al-Quran


Al-Quran merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad SAW yang menjadi panduan umat Islam.

Ia merupakan ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid (kepercayaan), ibadat, jenayah, muamalat (ekonomi) dan munakahat (perkahwinan dan rumahtangga).

Perisitiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan di Gua Hiraq.

Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 23 tahun, selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Umat Islam yang membaca, menghafaz dan melihatnya sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

Ia sumber hidayah bagi kebahagiaan umat Islam di dunia dan di akhirat.

Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW.

- Kosmo!

No comments: