Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, December 20, 2013

Teori Psikoanalitik Sigmund Freud

Sigmund Freud
Bagi Sigmund Freud, seorang pakar psikoanalisis warga Austria, tahap pertama perkembangan manusia disebut oral. Ini ialah tahap terlalu awal, dan bayi tidak tahu apa-apa melainkan lapar dan dahaga. Bayi mengharapkan bahagian mulutnya dilayani.

Tahap anal ialah tahap kedua. Ini ialah tahap kanak-kanak berasa seronok ketika buang air besar. Tahap anal ialah tahap terpinga-terpinga. Tetapi, tahap ini penting kerana ibu bapa mendidik anak kecil agar tidak jadi pengotor. Tahap ini (usia 1-3 tahun) ialah tahap toilet training.

Tahap seterusnya ialah tahap genitalia, iaitu bila kanak-kanak menghadapi oedipus complex (bagi lelaki) dan electra complex (bagi perempuan). Freud membincangkan hubungan akrab anak lelaki dengan ibunya, dan anak perempuan dengan bapanya.

Neo-Freudian muncul kemudian. Dalam Neo-Freudian, lelaki mempunyai perasaan ingin berperang dengan ketuanya.

Dalam psikoanalisis Freud, terdapat anal-expulsive dan anal-retentive. Istilah pertama itu bermaksud gemar buang air besar, manakala satu lagi penangguhan buang air besar. Kebiasaan-kebiasaan itu memberi pengaruh terhadap perwatakan.

sumber: Artikel Saiful, Azlan dalam politik Malaysia oleh Rahman Shaari, Sinar Harian 26 Mac 2013

No comments: