Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, December 19, 2013

Inkontinens


Inkontinens ialah masalah hilang kawalan untuk menahan kencing.

Ia lazim berlaku kepada mereka yang kerap menahan kencing. Masalah ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun usia.

Inkontinens menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutama ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika buang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Urin atau air kencing yang normal berwarna jernih seperti air paip.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan kerap ke tandas adalah tindakan yang salah. Pengambilan air yang secukupnya adalah penting untuk mengelakkan dehidrasi.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah mengawal kencing adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

sumber: Artikel Keburukan tahan kencing tulisan Syalmizi Hamid, Kosmo! 13 November 2011.

No comments: