Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, November 8, 2013

Ops Daulat


Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac 2013 di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah susulan pencerobohan kira-kira 200 pengganas bersenjata Filipina yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu.

Ia melibatkan kawasan Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan.

Operasi khas di Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

10 orang anggota Pasukan Keselamatan Malaysia (polis/tentera) telah terkorban dalam operasi ini.

70 pengganas Sulu berjaya ditembak mati manakala 181 orang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

334 orang lagi ditahan di bawah pelbagai kesalahan.

Seramai 20 orang telah dibicarakan di mahkamah kerana melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Kekuatan pertahanan tujuh batalion merangkumi anggota polis dan tentera.

Kekuatan pasukan keselamatan ditambah apabila 17 buah kenderaan perisai berantai jenis ACV-300S Adnan dihantar ke kawasan pencerobohan.

Pasukan Keselamatan Malaysia juga menggunakan kereta perisai jenis Condor.

Pasukan Keselamatan Malaysia turut menggunakan lapan jet pejuang, tiga pesawat tempur F/A-18D Hornet dan lima pesawat Hawk 208.

-Kosmo!

No comments: