Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, November 7, 2013

Bazar makanan Mydin RTC Gopeng

Mydin RTC Gopeng (imej dari jomronda-mozag02.blogspot.com)

Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) melabur RM65 juta bagi membina gedung pasar raya borong dan bazar berkenaan.

Ia dibuka secara rasmi pada 15 Disember 2012 dan beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam.

Pemandangan di bazar makanan Mydin RTC Gopeng (imej dari jomronda-mozag02.blogspot.com)

Pelbagai hidangan yang ditawarkan meliputi makanan tradisional Melayu dan moden, nasi kandar, mi rebus, yong tau fu, rojak Singapura serta makanan barat.

Pasar raya Mydin di RTC Gopeng merupakan cawangan ketiga Mydin di Ipoh, Perak selepas cawangan di Gugusan Manjoi dan di Meru Raya.

-Kosmo!

No comments: