Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, November 6, 2013

Alahan terhadap protein susu lembu (CMPA)


Alahan terhadap protein susu lembu atau Cow's Milk Protein Allergy (CMPA) adalah alahan makanan paling lazim dialami bayi.

Simptom CMPA boleh berlaku beberapa minit selepas susu diminum.

Simptom-simptom CMPA ialah:
  1. Atopic dermatis atau keradangan serius sama ada serta merta atau lambat selepas minum susu lembu.  Bintik merah akan kelihatan selalunya di pipi.
  2. Reaksi pada sistem pencernaan yang menyebabkan Gastroesophageal Reflux Disease atau dikenali sebagai acid reflux.  Bayi juga sukar menelan dan turun berat badan, cirit-birit kerana radang pada tenggorok.  Bayi akan mengalami berak berdarah, sembelit dan perut kembung sehingga menyebabkan bayi menangis lebih tiga jam sehari atau lebih tiga hari seminggu atau berlarutan selama tiga minggu.
  3. Reaksi pada sistem pernafasan seperti Sindrom Heiner yang jarang berlaku iaitu jangkitan paru-paru disebabkan batuk teruk, demam berulang, bernafas dengan laju, semput atau jika ahli keluarga mempunyai sejarah CMPA.
  4. Anafilaksis iaitu reaksi alergi teruk berbahaya kerana ia terjadi secara tiba-tiba dan boleh meragut nyawa.

Susu lembu dikenalpasti menjadi punca utama alahan makanan di Malaysia dan negara Asia lain.

Berdasarkan kajian, CMPA boleh berlaku sejak bayi dilahirkan memuncak dalam tahun pertama dan reda dalam jangka masa tiga atau empat tahun.

Namun, kajian juga mendapati terdapat kes yang boleh berlarutan sehingga remaja iaitu sehingga berusia 18 tahun.

Majoriti kanak-kanak mengalami CMPA juga mempunyai ekzema sementara 25 peratus daripada mereka akan terus alah terhadap sesetengah makanan. Mereka juga berisiko tinggi mengalami asma.

Ada susu dihasilkan khusus bagi bayi yang alah pada protein susu lembu seperti extensively hydrolysed formula (EHF), amino acid formula (AAF) dan soy based formula (SBF).

Bagaimanapun, formulasi susu soya tidak digalakkan bagi bayi berusia di bawah enam bulan kerana kandungan aluminium dan phytoestrogen (sejenis bahan kimia semula jadi dalam tumbuhan) dipercayai boleh memberikan kesan jangka panjang terhadap bayi.

- Berita Harian 16 April 2013

No comments: