Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 4, 2013

Tan Sri Azman Hashim


Tan Sri Azman Hashim dilahirkan pada bulan Julai 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau berkahwin dengan Tunku Arishah Tunku Maamor pada 3 Mac 1963 dan dikurniakan dua orang anak lelaki, tiga orang anak perempuan dan 10 orang cucu.

Hobi waktu lapangnya adalah bermain golf, aktiviti sukan air seperti bermain jet ski, menyelam skuba, memandu bot laju dan menyanyi.

Anak perempuannya Shazrina Azman atau lebih popular dengan nama Mizz Nina merupakan penyanyi yang semakin dikenali di peringkat antarabangsa.

Tan Sri Azman Hashim melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di Australia dari tahun 1955 hingga 1960.

Pada tahun 1982, beliau membeli Arab-Malaysian Merchant Bank yang kini dikenali sebagai AmBank.

-Kosmo!

No comments: