Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 3, 2013

Kanser payudara di Malaysia

Tisu payudara yang telah dibuang daripada tubuh menunjukkan kawasan barah yang berwarna putih, berukuran 2 sentimeter.

Kanser payudara adalah kanser paling biasa hampir di seluruh pelusuk dunia.

Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi.

Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika Utara, kadar sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika (2005).

Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.

Di Malaysia pula kanser payudara biasa berlaku di kalangan wanita dari umur 20 tahun (2002 dan 2003).

Kanser payudara di Malaysia paling biasa berlaku di kalangan wanita cina, kemudian wanita india dan akhirnya wanita melayu.

Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003 (30.4% dalam 2002).

Kadar piawai umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.

Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi wanita melayu, 59.7 bagi wanita cina dan 55.8 bagi wanita india.

Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1/19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.

Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi wanita cina, wanita india dan wanita melayu adalah 1/14, 1/15 dan 1/24 masing-masing.

Lebih daripada separuh wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.

Kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 dan 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.

Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003.

Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3,825 kes dilaporkan dan 1,707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia.

Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.

- www.radiologymalaysia.org.

No comments: