Seekor kucing bernama Muezza merupakan kucing yang paling disayangi Nabi Muhammad SAW.
Telah diceritakan bahawa setiap kali melayan tetamu yang datang ke rumah, Baginda akan meletakkan Muezza di atas ribanya.
Pada suatu hari, Muezza tertidur lena di atas jubah Rasulullah. Oleh kerana ingin menggunakan jubah itu dan tidak mahu mengganggu tidur Muezza, Baginda telah memotong bahagian lengan yang menjadi alas tidur kucing itu.
Telah diriwayatkan oleh Ali bin al-Hassan dan Anas bin Malik yang menceritakan bahawa Rasulullah pergi ke Bathhan iaitu satu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata:
"Ya Anas, tuangkan air wuduk untukku ke dalam bejana (bekas air)."
Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilat bejana itu. Melihat keadaan itu, Nabi berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum. Setelah itu Nabi pun berwuduk.
Setelah ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab:
"Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah. Ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment