Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, October 18, 2013

Takziah buat keluarga Anuar Shadat


Saya selaku pengendali blog ex-SMGRian 1991 mengucapkan takziah buat keluarga saudara Anuar Shadat bin Mohd Kassim atas kembalinya beliau ke rahmatullah pada petang semalam 17 Oktober 2013.

Difahamkan bahawa Allahyarham telah sesak nafas sewaktu di pejabat dan berkemungkinan mendapat serangan jantung.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Kawasan Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya.

Allahyarham merupakan sahabat baik penulis sewaktu di zaman persekolahan. Kali terakhir penulis menemui Allahyarham ialah sewaktu kenduri perkahwinan saudaranya yang dilangsungkan di Ipoh beberapa tahun yang lepas. Sejak itu penulis hanya berkomunikasi dengan Allahyarham melalui telefon dan laman sosial Facebook.

Daripada timeline Facebook Allahyarham, Allahyarham baru sahaja dikurniakan seorang puteri pada 10 Julai 2013.

Pusara Allahyarham Anuar Shadat di Presint 20, Putrajaya (gambar ihsan Nor Azmy Ahmad Zabidi)

Kenangan bersama Allahyarham di zaman persekolahan tidak mampu hendak dilupakan, bahkan di saat ini masih lagi terbayang saat indah waktu tersebut. Allahyarham seorang yang suka bergurau bagaimanapun tegas.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama mereka yang beriman.

Al-Fatihah.

2 comments:

ina ariffin said...

hi dan salam. saya pun kawan arwah abg nuar. hanya mula kena semasa berkursus sama2 di INTAN, Kemaman pd tahun 2002. Masa tu arwah menjd penghulu kursus. Mmg arwah kelakar tp tegas. Kalau buat lawak pun muka tetap serius. Tp ntah kenapa blh baik dgn beliau sbb beliau matang dan melayan kite spt abg pd adik2nya. Wpon berlainan agensi tp masih berhubung melalui telefon @ fb. Terkejut dan sedih. Semoga Allahyarham dirahmati dan dicucuri rahmat di sana. Amin.

Zairul Salleh said...

Salam dan terima kasih Ina kerana sudi berkongsi pengalaman di sini.