Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, October 9, 2013

Penyakit-penyakit mulut


Sakit gigi

Sakit gigi adalah rasa nyeri pada gigi. Sakit gigi disebabkan oleh pelbagai masalah pada gigi dan rahang seperti karies gigi, gingivitis atau penyakit rahang dan banyak lagi. Antara penyakit berkaitan gigi dan mulut termasuklah:


Penyakit periodontal

Penyebab utama adalah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi.


Karies gigi

Merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid daripada karbohidrat. Asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.


Plak dan kalkulus

Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu pengikisan.


Mulut berbau

Disebabkan pelbagai faktor tetapi kebanyakannya ialah sama ada jangkitan kuman pada mulut, pemakanan (seperti bawang putih, bawang merah, protein-daging dan bahan tenusu) obesiti, merokok dan kesan pengambilan alkohol. Kuman di dalam mulut hidup baik di tempat bekalan oksigen kurang. Mereka memakan makanan yang tertinggal di celah gigi, gusi dan mulut dan mengeluarkan bahan kumuh. Plak yang berkumpul berwarna lapisan putih pada gusi dan lidah, menyebabkan ia tidak cukup oksigen dan sesuai untuk berkembangan populasi kuman bakteria.


Gigi berlubang

Kaedah menampal gigi berlubang merupakan cara yang paling baik untuk mencegah gigi daripada berlubang lebih teruk, malah mencegah daripada gigi lebih bermasalah.

-Kosmo!

No comments: