Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, October 10, 2013

Mitos kesan negatif aiskrim


Aiskrim sering dilabelkan sebagai makanan yang tidak mesra kesihatan.

Ia lazim dikaitkan dengan kesan negatif pada kesihatan mulut, obesiti dan sebagainya.

Amalan berkumur atau membilas mulut selepas makan aiskrim dan makanan bergula adalah antara kaedah pencegahan penyakit gigi dan mulut.

Masalah gigi berlaku apabila elemen manis dan masa bergabung. Lebih lama kita biarkan makanan manis di dalam mulut, lebih tinggi potensi gigi rosak atau berlubang.

Aiskrim yang berkualiti mempunyai kandungan tenusu yang baik untuk kanak-kanak.

Pengambilan aiskrim juga boleh meningkatkan kesuburan wanita.

Selagi diambil secara sederhana dan terkawal, aiskrim, coklat atau kek adalah makanan yang menyihatkan.

Sebaliknya sekiranya ia diambil secara berlebihan dan kerap, ia bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan bahkan menyumbang kepada obesiti.

Seorang pesakit yang berada di bawah program kawalan berat badan boleh makan aiskrim tetapi dia disarankan untuk mengambil aiskrim sekali atau dua kali sebulan dan makan dalam kuantiti yang kecil.

-Kosmo!

No comments: