Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, May 7, 2013

Rejimen Wataniah


Rejimen Wataniah bermula di Pulau Pinang pada 1861 sebagai pasukan tentera sukarela. Unit yang sama ditubuhkan di Singapura dan negeri-negeri Melayu lain.

Pada 1902 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menubuhkan pasukan sukarela Malay States Voluteer Rifles (MSVR).

Selepas itu ia ditukar kepada Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF).

Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ditubuhkan Unfederated Malay States Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pada Perang Dunia Kedua, unit sukarela itu turut bertempur di samping tentera British.

Pada zaman pendudukan Jepun, unit-unit sukarela ini bergerak secara gerila. Untuk itu British telah menubuhkan unit-unit untuk menggempur tentera Jepun secara gerila.

Unit yang ditubuhkan di Pahang dinamakan Wataniah yang diambil dari perkataan watan.

Ia diketuai oleh Yeop Mahidin Mohamed Shafiff yang dikenali sebagai bapa pasukan Wataniah.

Selepas perang, unit sukarela itu dibubarkan dan ketika darurat diwujudkan Home Guard.

Pada 1958 apabila pemberontakan komunis sudah terkawal, Home Guard dimansuhkan.

Tetapi ramai anggota Home Guard berhasrat untuk meneruskan khidmat sukarela mereka.

Pada 1958, Kerajaan Persekutuan meluluskan Ordinan Tentera Wataniah 1958 dan Askar Wataniah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.

-Utusan Malaysia

No comments: