Dalam banyak-banyak anggota, lidahlah yang paling banyak kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Dosa lidah boleh menyebabkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat.
Kenapa lidah kita amat mudah untuk bercakap mengenai orang lain? Itulah persoalan yang perlu ditanya pada diri kita pada hari ini.
Imam al-Ghazali pernah berkata:
Menerusi lidah akan berlakulah pendustaan atau pembohongan, buruk sangka, permusuhan, fitnah, mencarut, mencela, mengutuk, bertelingkah, mengumpat, melaknat dan membicarakan sesuatu dalam keadaan kesat, kasar dan penuh dengan kesombongan.
Untuk hidup dalam suasana yang tenteram, aman dan damai, hendaklah diawasi lidah kerana melalui lidah tutur kata akan menjadi lebih benar, beradab dan bahasanya lebih sopan.
Sikap tidak menjaga lidah bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang yang mendengarnya, malah menimbulkan implikasi buruk kepada hubungan sesama manusia yang mengakibatkan seseorang itu menjadi muflis di akhirat.
-e-khutbah JAKIM
No comments:
Post a Comment