Kulit pesakit yang diserang parasit Demodex |
Negara pernah digemparkan dengan berita seorang rakyat Singapura terseksa dengan masalah radang mata sejak lima tahun sehingga tidak dapat dikesan puncanya.
Masalah itu berpunca daripada sejenis parasit yang dinamakan Demodex.
Imej parasit Demodex yang dibesarkan menggunakan mikroskop |
Parasit yang ditemui pada kulit kepala pesakit itu sebenarnya lebih berbahaya daripada masalah kelemumur dan kutu kepala.
Parasit yang bersifat berjangkit ini hidup di mana-mana bahagian yang mempunyai akar-akar rambut dan kelenjar sebum.
Ia akan menghisap zat-zat daripada akar rambut. Makanannya ialah minyak dalam sebum rambut.
Pakar nutrisi di Berjaya Times Square, Fanny Ling menyatakan parasit yang membiak dalam masa singkat itu hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop berkuasa tinggi.
Seseorang boleh merasa seperti seusatu merayap pada kulit kepala. Simptom lain ialah seperti kulit kepala gatal, jerawat pada kulit kepala, ruam di kulit kepala, pengeluaran minyak berlebihan, keguguran berlebihan dan pertumbuhan rambut yang perlahan.
Demodex pada awalnya ditemui pada bulu haiwan dan berjangkit pada manusia.
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment