Pengikut dan Ex-smgrian
Tuesday, May 14, 2013
Barongan
Barongan ialah sejenis tarian yang dipercayai berkembang di Malaysia sekitar tahun 1722 setelah dibawa oleh hamba abdi yang datang ke Johor ketika kejkatuhan kerajaan Riau Lingga.
Barongan menggambarkan kisah-kisah pada zaman Nabi Sulaiman A.S. yang boleh bercakap dengan haiwan.
Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya.
Apabila terpandang harimau, merak terus melompat di atas kepala harimau dan kedua-duanya terus menari.
Tiba-tiba Pamong (juruiring) bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu.
Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tersebut.
Tarian ini boleh disaksikan di daerah Batu Pahat, Johor.
Lazimnya, 18 orang terlibat dalam persembahan yang terdiri daripada 10 penari, tujuh pemuzik dan seorang ketua persembahan diperlukan dalam satu-satu persembahan.
Antara alatan muzik yang dimainkan ialah gendang, kenong, gong, trompet dan dua orang yang bermain angklung.
Persembahan biasanya mengambil masa dua jam. Ia melibatkan seorang penari ganongan, empat penari barongan dan lima orang penari berkuda.
Kebiasaannya, setiap persembahan mempunyai enam irama muzik berlainan yang mempengaruhi setiap gerak tarian. Bagaimanapun, penonton tidak akan menyedari kelainan irama yang dimainkan.
sumber: Artikel Barongan Penyeri Keraian oleh Mohamed Saari, Kosmo! 26 Julai 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment