Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, May 15, 2013

Laksa


Laksa ialah sejenis makanan mi daripada tepung beras dan berkuah.

Hidangan itu sungguh unik kerana terdapat unsur campuran budaya Cina dan Melayu dalam bahan-bahannya.

Ada dua jenis laksa yang popular iaitu laksa kuah kari dan laksa kuah asam.

Dihidangkan panas, laksa ialah antara hidangan wajib bagi mereka yang berkunjung ke negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

Di negeri-negeri itu, laksa asam begitu popular.

Di Johor pula, terdapat laksa Johor yang menggantikan mi dengan spageti manakala kuahnya merupakan kari bersantan.

Di negeri Pantai Timur pula terutamanya Kelantan, ia dikenali sebagai laksam.

Kuahnya dibuat menggunakan santan putih dan ditambah cili untuk menambahkan rasa pedas.

Sementara itu di Sarawak, kuahnya lebih berempah dan menggunakan mihun sebagai ganti laksa tepung beras.

Walau apapun jenis laksa, asas kuahnya adalah menggunakan isi ikan.

Keenakannya yang tiada tandingan telah melebarkan populariti makanan tempatan itu. Bukan sekadar di kampung dan kedai kaki lima, ia turut menjadi hidangan utama di hotel bertaraf lima bintang.

sumber: Artikel Laksa tarikan Pulau Legenda oleh Sakini Mohd. Said. Kosmo! 26 Julai 2012

No comments: