Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 17, 2013

Kain pelikat


Kain pelikat ialah sejenis kain sarung yang mempunyai corak berjalur-jalur atau berpetak-petak.

Ia dikatakan telah dibawa ke Melaka oleh saudagar-saudagar India yang datang berdagang pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

Perkataan pelikat juga berkemungkinan berasal daripada nama Pulicatte, iaitu sebuah bandar yang terdapat di pantai barat laut India.

Kain pelikat kini menjadi kebiasaan bagi masyarakat Melayu di Malaysia menggunakannya untuk bersolat dan juga sebagai pakaian harian di rumah.

Ada sesetengah wanita menjadikannya kain menggendong bayi atau kain buaian.

Ia juga pernah menjadi pakaian harian utama lelaki Sri Lanka namun ia kian merosot ekoran perspektif kelas sosial.

Afrika mempunyai kain hampir serupa bernama kanga dan dipersembahkan dalam acara fesyen berkelas tinggi.

Rakyat Indonesia menggunakan kain pelikat untuk bersolat dan dipakai secara harian penduduk kampung.

Longyi ialah nama bagi kain pelikat di Myanmar dan golongan lelaki menggunakan teknik paso hkadaung kyaik (seakan-akan doti) untuk aktiviti sukan.

Kain doti digunakan lelaki di India dan Bangladesh untuk majlis perkahwinan, acara kebudayaan, ke kuil dan dipakai secara meluas oleh ahli politik.

-Kosmo!, Kamus Etimologi Bahasa Melayu Fajar Bakti.

No comments: