Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 18, 2013

Berjimat-cermat di pejabat

Setiap individu yang berkerjaya lazimnnya menghabiskan masa antara lapan hingga sepuluh jam di pejabat bergantung kepada bebanan kerja.

Berbanding di dalam kereta atau di rumah, tenaga elektrik banyak digunakan pada waktu puncak itu dan jika tiada kesedaran dalam penjimatan bekalan tenaga pasti ia memberi tekanan kepada syarikat sekali gus mencemar alam sekitar.

Antara langkah yang boleh digunakan dalam menjimatkan tenaga elektrik di pejabat ialah:

Peralatan pejabat
  • Cabut semua plug apabila tidak menggunakannya lagi.
  • Letak komputer dalam mod tidur jika mahu meninggalkan komputer dalam tempoh lebih 10 minit.
  • Jika mahu beli peralatan baharu, pilih produk yang memiliki lambang Energy Star.

Pencahayaan
  • Tutup semua lampu apabila tidak mahu menggunakan lagi.
  • Tukar semua lampu-lampu kalimantang ke mentol jimat kuasa yang boleh menjimatkan tenaga sebanyak 75 peratus.
  • Pasang alat sensor pergerakan supaya lampu dapat berfungsi sendiri sama ada menyala atau padam berdasarkan keberadaan manusia.

Kertas
  • Masukkan manual atau borang yang digunakan oleh semua pekerja dalam talian supaya boleh dicetak apabila perlu.
  • Letak setting pada mesin cetak dan fotokopi supaya dapat mencetak pada kedua-dua belah kertas.
  • Beli kertas yang bebas kalori dan dikitar semula sahaja.
  • Guna kertas kosong untuk mesin faks supaya boleh digunakan semula pada bahagian belakang.

Pergerakan
  • Reka satu sistem atau jadual perkongsian kereta ke tempat kerja terutama apabila terdapat ramai pekerja yang tinggal di laluan perjalanan yang sama.
  • Berbasikal ke pejabat.
  • Gunakan pengangkutan awam.
  • Gunakan perkhidmatan telepersidangan berbanding membazirkan minyak ke pejabat untuk membincangkan sesuatu perkara yang kecil.

-Kosmo!, greenliving.nationalgeographic.com

No comments: