Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 16, 2013

Vaksin HPV


Human Papilloma Virus atau nama singkatannya HPV ialah sejenis virus penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada tahun 2007.

Vaksin HPV dihasilkan khususnya untuk mencegah kanser serviks, prakanser vagina dan prakanser vulva.

Ia berada di pasaran tempatan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia pada Oktober 2008.

Ia juga turut diluluskan untuk mencegah ketuat genital, alat kelamin dan serviks lesi (zon tisu rosak).

Kira-kira 70 peratus daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV.

Di seluruh dunia, hampir 500,000 wanita disahkan menghidap kanser serviks setiap tahun dan separuh daripada mereka meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

Di Malaysia pula kanser tersebut meragut nyawa lebih daripada 600 wanita setiap tahun iaitu penyebab kematian kedua wanita selepas kanser payudara.

Mengikut Daftar Kanser Kebangsaan, pada tahun 2003, nisbah pesakit kanser serviks di Malaysia ialah 17 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

-Kosmo!

No comments: