Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, April 10, 2013

Hutan Lipur Lata Kekabu

Air terjun di Hutan Lipur Lata Kekabu, imej dari pelanconganlenggong.my
Hutan Lipur Lata Kekabu terletak 10 kilometer dari bandar Lenggong dan 25 kilometer dari Kuala Kangsar.

Ia mempunyai keluasan lebih 10 hektar dan merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bintang Hijau.

Kedudukannya agak strategik di tengah-tengah laluan dari Ipoh ke Grik yang menjadikannya lokasi riadah popular kepada pengunjung yang mahu berehat pada hujung minggu.

Hutan Lipur Lata Kekabu boleh diakses dengan menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dan bas dari bandar Kuala Kangsar.

Selain kawasan riadah, ia juga popular dalam kalangan pelajar sekolah dan penuntut isntitusi pengajian tinggi yang gemarkan aktiviti lasak.

Antara tarikan utama di situ ialah air terjun setinggi 50 meter yang mengalir jernih dari puncak bukit.

Selain kaya dengan khazanah alam semula jadi, lokasi itu juga mempunyai nilai sejarah tersendiri khususnya ketika era komunis satu ketika dahulu.

Tarikan lain yang boleh dilawati di sekitar Hutan Lipur Lata Kekabu ialah Tasik Raban, Muzium Arkeologi Lenggong atau Bukit Changkat Berangan.

sumber: Damai Ditemani Alam Semula Jadi oleh Ammar Jazlan Mad Lela, Kosmo! 6 September 2012.

No comments: