Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, April 9, 2013

Diet penghidap arteri koronari

Pengambilan kolesterol tidak lebih daripada 200mg/d (pilih makanan yang berlabel bebas kolesterol, kurang kolesterol dan rendah kolesterol).

Sumber kolesterol paling tinggi ialah kepala (udang, sotong, ikan, ikan bilis), telur kuning, organ dalaman (hati, pedal, limpa), kulit ayam dan lemak pada daging.

Garam perlu dihadkan pada satu sudu teh sehari.

Elakkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam seperti makanan dalam tin, makanan sejuk beku, makanan segera, makanan yang dijerukkan, dimasinkan dan dikeringkan.

Seseorang yang menghidap penaykit arteri koronari digalakkan makan makanan yang berasaskan tumbuhan kerana ia tidak mengandungi kolesterol berbanding makanan berasaskan haiwan.

Pastikan pengambilan lemak antara 25 hingga 30 peratus sahaja daripada kalori yang diperlukan setiap hari.

Lebihkan pengambilan asid lemak mono tak tepu (MUFA) dan asid lemak poli tak tepu (PUFA) seperti ikan, kekacang, minyak sayuran iaitu minyak zaitun, minyak kacang dan minyak jagung.

Pilih makanan yang tinggi kandungan omega-3 yang boleh didapati pada sardin, salmon, telur diperkaya dan kacang walnut.

Pesakit juga boleh mengambil makanan yang membantu menurunkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung seperti makanan yang mengandungi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, oat, roti atau nasi.

Buah-buahan dan sayur-sayuran perlu mencapai lima hidangan setiap hari misalnya, pesakit boleh makan satu hidangan buah seperti sebiji epal yang sederhana, sebiji pisang berangan, setengah biji jambu batu dan sepotong betik.

Contoh satu hidangan sayur pula ialah setengah cawan sayur berdaun atau satu cawan ulam.

Pesakit juga boleh mengambil makanan berasaskan soya seperti air soya, tauhu, tempe dan tau fu fah yang dimakan antara dua hingga tiga kali seminggu.

Sumber protein pula boleh diperoleh daripada sumber kekacang seperti kacang dal, kacang kuda, kacang hijau, tempe dan tauhu serta ikan.

Perbanyakkan mengambil vitamin C dan E sebagai antioksidan. Kedua-duanya bertindak melindungi pembuluh darah daripada kerosakan yang lebih teruk akibat pengumpulan kolesterol.

Pesakit dinasihatkan supaya mengelakkan kentang goreng, kek, makanan ringan, makanan bergoreng yang menggunakan minyak yang sama kerana mengandungi asid lemak trans.

Pesakit juga perlu menghindari makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi seperti kek mentega, biskut mentega, minyak kelapa, susu penuh krim dan keju yang diperbuat daripada susu pebuh krim.

Penghidap arteri koronari juga perlu mengurangkan makanan bergoreng yang mengandungi lemak yang terdapat pada daging.

Mereka juga perlu mengelakkan daripada makan kulit ayam, bahagian ayam tertentu seperti kepak, leher dan kaki ayam kerana ia mengamdungi lemak dan kolesterol yang tinggi.

Pesakit yang mempunyai tahap penyakit yang teruk tidak digalakkan melakukan senaman yang berat seperti maraton dan jogging, sebaliknya, senaman yang sederhana seperti berjalan, yoga, senaman pernafasan dan senaman regangan sangat digalakkan bagi meningkatkan pengaliran darah yang baik.

-Kosmo!

No comments: