Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, April 11, 2013

Masjid Sultan Abu Bakar


Kewujudan Masjid Sultan Abu Bakar bermula pada 26 Julai 1892 bersamaan 1 Muharam 1310, atas titah Sultan Abu Bakar supaya sebuah masjid negeri didirikan berhampiran Istana Besar, Johor Bahru.

Pada tahun yang sama, peletakan batu asas masjid itu telah dilakukan, tetapi kerja-kerja pembinaannya hanya bermula pada tahun 1893.

Masjid itu siap sepenuhnya pada tahun 1900 selepas beberapa tahun kemangkatan Sultan Abu Bakar.

Upacara perasmiannya telah disempurnakan oleh Sultan Ibrahim (1895 - 1959) pada 2 Februari 1900 bersamaan 1 Syawal 1317.

Reka bentuk masjid tersebut telah dilukis oleh Muhammad Arif Ponak bersama jurutera, Datuk Yahya Awaluddin.

Masjid Sultan Abu Bakar merupakan antara masjid yang tercantik di Malaysia dan boleh menampung seramai 5,000 jemaah.

Anggaran pembinaan masjid ini mencecah RM400,000 (mengikut kos pembinaan ketika itu).

Pada tahun 1994, masjid tersebut diperbesarkan untuk menampung tambahan kira-kira 500 jemaah.

Kini, Masjid Sultan Abu Bakar termasuk dalam senarai bangunan bersejarah yang mendapat status pemuliharaan dan selenggaraan daripada Jabatan Muzium dan Antikuiti.

sumber: Adaptasi Klasik Timur dan Barat tulisan Nasri Jamaluddin, Kosmo! 6 September 2012

No comments: