Pengikut dan Ex-smgrian

Thursday, January 3, 2013

Info Masjid

Masjidil Haram di Mekah, masjid yang terbesar di dunia
Perkataan masjid berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Lazimnya, ibadah akan dilakukan di masjid ialah solat dan beriktikaf.

Premis ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam.

Umat Islam sejagat memuliakan tiga masjid utama di dunia iaitu Masjidil Haram di Mekah iaitu terletaknya Kaabah yang menjadi qiblat umat Islam, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, Palestin.

Di Malaysia, tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu masjid negara, masjid negeri, masjid daerah, masjid qariah dan surau. Di Selangor sahaja, terdapat 259 masjid dan 939 surau untuk 2.5 juta umat Islam.

Masjid paling besar di dunia ialah Masjidil Haram dengan keluasan 356,800 meter persegi yang boleh memuatkan sehingga empat juta tetamu Allah pada satu-satu masa.

Masjid Sultan Hassan II di Casablanca, Maghribi
Menara masjid tertinggi di dunia ialah Menara Masjid Sultan Hassan II di Casablanca, Maghribi dengan ketinggian 210 meter.

Terdapat dua lagi menara masjid dalam pembinaan di Tehran, Iran yang dijangka mencapai ketinggian 230 meter.

Kubah masjid terbesar di dunia ialah kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor dengan ukuran 51.81 meter lebar, 52 meter diameter dan 350 meter tinggi.

Menara masjid ini juga pernah dicatat oleh Guiness World Records sebagai menara masjid tertinggi di dunia (140 meter) sehinggalah gelaran itu diambil Masjid Sultan Hassan II.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Selangor, Malaysia
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikenali sebagai Masjid Biru juga antara masjid terbesar di Asia Tenggara.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang menjadi ikon masjid di Malaysia dirasmikan pada 11 Mac 1988.

Masjid itu berupaya memuatkan sebanyak 24,000 jemaah pada satu-satu masa. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan retvous enamelled steel panel. Ia tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun dan bernilai 18 juta.

Struktur Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah adalah kombinasi seni reka bentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu asli.

-Kosmo!

No comments: