Pengikut dan Ex-smgrian

Wednesday, December 12, 2012

Tragedi Dakota KN630

Imej anggota tentera British yang terkorban dalam nahas Dakota KN630
Pada pagi 25 Ogos 1950, pesawat pengangkut Douglas DC-3 Dakota KN630 yang dinaiki seramai tujuh orang berlepas dari Lapangan Terbang Changi, Singapura ke Kota Bharu, Kelantan.

Di Kota Bharu, pesawat tersebut mendarat dan mengambil lima orang penumpang termasuk seorang Orang Asli bernama Saiap Alais Sherda yang bertindak sebagai petunjuk arah serta beberapa orang lagi yang terdiri daripada pegawai tentera, polis, pegawai pembangunan dan orang awam.

Pesawat Dakota itu dalam ekspedisi membuat tanda untuk dibom oleh lapan buah pesawat Lincoln yang mengikuti dari belakang Dakota.

Tidak seperti pasukan tentera zaman sekarang yang dilengkapi dengan sistem navigasi moden. Pada waktu itu, penandaan dengan asap perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum bom digugurkan.

Sasaran mereka pada waktu itu adalah kawasan-kawasan yang dipercayai sebagai tempat pengganas komunis berlindung.

Selepas menggugurkan bom asap pertama, Dakota melalui kawasan Kampong Jendera bagi membuat penandaan kedua.

Ketika melalui sebuah lembah, berlaku kegagalan enjin yang menyebabkan pesawat tersebut tidak dapat melepasi kawasan pergunungan dan terhempas di dalam gaung.

Pada 3 September 1950, barulah pasukan penyelamat dapat menjumpai bangkai pesawat tersebut.

Oleh sebab kawasan tersebut sukar untuk sampai tambahan pula ketika itu, ancaman komunis masih berleluasa, pasukan penyelamat mengambil keputusan untuk mengebumikan semua mangsa dalam sebuah kubur cetek berdekatan kawasan terhempas.

Pada 15 Mac 2012 mayat-mayat mangsa kemudian dipindahkan ke Tanah Perkuburan Tentera Komanwel, Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

Mereka yang terkorban adalah:
  • Edward Talbot, 27, juruterbang berasal dari Dorchester.
  • Geoffrey Carpenter, 23, penunjuk arah berasal dari West Norwood
  • Thomas O'Toole, 34, jurusemboyan berasal dari Merthyr Tydfill.
  • Koperal Philip Bryant, 25 dari Southend-on-Sea.
  • Peter Taylor, 20 dari Bournemouth.
  • Roy Wilson, 21 dari Birkenhead.
  • Oliver Goldsmith, 21 dari Neston
  • Mejar John Procter, Pegawai Tentera British
  • Anker Rentse, Pegawai Pembangunan Tanah
  • Mohammed Abdul Lalil, Konstabel Polis
  • Saiap Alais Sherda, penunjuk arah
  • Yaacob Mat, orang awam

-Kosmo!

No comments: