Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, December 11, 2012

Tengkolok

Secara ringkas tengkolok, tanjak dan destar merupakan penutup kepala tradisional Melayu yang digunakan oleh golongan lelaki pada zaman dahulu.

Tengkolok dicipta seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, rakyat jelata diwajibkan menutup kepala dan berpenamilan kemas apabila menghadap raja.

Justeru, masyarakat Melayu Melaka mendapat idea menggunakan kain panjang berbentuk segi empat yang dilipat-lipat dan diikat menjadi penutup kepala.

Seiring peredaran zaman, lama-kelamaan ikatan dan lipatan tengkolok diolah mengikut status si pemakainya.

Tengkolok dihasilkan daripada kian songket dan lilitannya berlapis serta meruncing ke atas.

Destar pula menampilkan teknik lilitan yang rendah dan nipis berbanding tengkolok. Tanjak pula mempunyai lilitan yang sama seperti tengkolok, tetapi ia menggunakan kain yang nipis serta lilitan ringkas.

Lazimnya tengkolok atau tanjak dipakai pada adat istiadat diraja dan majlis perkahwinan.

-Kosmo!

No comments: