Muay Thai yang dikenali juga sebagai Tomoi atau Tinju Siam ialah sejenis sukan mempertahankan diri yang berasal dari Thailand.
Tempoh perlawanan yang diambil adalah lima pusingan. Setiap satu pusingan mengambil masa tiga minit dan dua minit untuk berehat.
Sekiranya salah seorang petinju didapati tumbang atau rebah sebelum tamat masa perlawanan, pihak lawannya secara automatik akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Petinju tidak dibenarkan mengangkat dan menghempas lawan ke lantai, tidak dibenarkan menggigit serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.
Serangan di bahagian alat sulit, belakang kepala hingga ke paras tengkuk dan semasa lawan terjatuh sama ada disebabkan oleh pukulan atau bukan pukulan adalah tidak dibenarkan sama sekali.
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment