Pengikut dan Ex-smgrian

Tuesday, December 18, 2012

Pasta

Berdasarkan Atlas Makanan: Saiz Pertukaran dan Porsi, semangkuk pasta spageti dengan keju dan sos daging membekalkan 226 kalori berbanding sepinggan bihun goreng (346 kalori), semangkuk mi sup (355 kalori) dan sepinggan nasi goreng (386 kalori).

Pilih hidangan pasta berasaskan sos tomato/minyak zaitun berbanding sos berkrim untuk mengelakkan pengambilan tenaga berlebihan dan kawalan berat badan.

Pengambilan pasta secara kerap dapat membantu pengawalan berat badan dan penyakit kronik seperti diabetes.

Dalam konteks keperluan atlet, keperluan karbohidrat yang tinggi dapat diperoleh dengan pengambilan pasta.

Sebaik-baiknya pengambilan sumber karbohidrat dengan nilai GI rendah adalah antara 30 minit hingga dua jam sebelum pertandingan atau latihan.

-Kosmo!

No comments: