Di China, kerajaan Dinasti Han (pada abad kedua dan ketiga SM) menerbitkan akhbar dikenali Tipao untuk kalangan pegawai pemerintah. Di antara tahun 713 dan 734, Dinasti Tang menerbit akhbar Kalyuan Za Bao (Buletin Mahkamah) dan pada tahun 1582, akhbar swasta pertama dicetak di Beijing pada akhir pemerintahan Dinasti Ming.
Pada zaman purba Rom, buletin pengumuman kerajaan diterbit dengan nama Acta Diuma. Ia diukir di atas besi atau batu dan diperagakan di tempat awam.
Di Eropah pula, pada tahun 1556, kerajaan Venice pertama kali menerbit akhbar bulanan Notizie scritte. Ia surat berita tulisan tangan pada tahun 1500 hingga 1700 meliputi berita politik, militari dan ekonomi bandar raya Itali.
Akhbar-akhbar terawal di Tanah Melayu ialah Jawi Peranakan (1876), al-Imam (1906), Idaran Zaman (1925), al-Ikhwan (1926), Warta Malaya (1930), Majlis (1931) dan Utusan Melayu (1939).
Jawi Peranakan merupakan surat khabar Melayu yang pertama diterbitkan di Malaysia dan Indonesia. Ia dicetak di Singapura dan mengandungi artikel mengenai Negeri-negeri Selat, Johor, Selangor, Kedah dan juga Brunei serta Labuan.
Jawi Peranakan merupakan surat khabar yang tertua dalam kumpulan surat khabar di Arkib Negara. Keluarannya yang terawal sekali yang ada dalam simpanan Arkib Negara ialah pada tahun 1888.
Sumber: Jawi Peranakan akhbar tertua Malaysia, Nizha Periaswamy, Kosmo!, 2 April 2012.
No comments:
Post a Comment