Pengikut dan Ex-smgrian

Monday, December 17, 2012

Biodata ringkas Safee Sali

Safee Sali dilahirkan pada 29 Januari 1984 di Kajang, Selangor.

Beliau merupakan pemain bola sepak profesional kebangsaan Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk pasukan Pelita Jaya, Indonesia.

Safee juga merupakan pemain bola sepak Malaysia yang pertama bermain di Liga Super Indonesia.

Sebelum ini Safee pernah bermain untuk Melaka TMFC, Kuala Lumpur FA, Sarawak FA dan Selangor FA.

Beliau pernah memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Digemari di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.

Safee mula mewakili Malaysia Bawah-23 ketika peringkat kelayakan Sukan Olimpik 2004.

Beliau pernah menimbulkan kontroversi dengan kenyataannya selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool FC pada Julai 2011. Safee dikatakan berbangga menjaringkan gol bukan sebagai pemain negara tetapi sebagai penyokong pasukan Manchester United.

Safee Sali kemudian dipinjamkan bersama pasukan Johor selama setahun mulai 1 Disember 2012 hingga 30 November 2013.

Setelah itu Safee Sali akan kembali semula ke Indonesia dan bermain untuk Arema FC sehingga kontraknya bersama pasukan itu berakhir pada Februari 2014.


-Kosmo!, arsenal4u.com

No comments: