Bagaimanapun, jika kita tidak mengamalkan penggunaan bekalan elektrik secara berhemah, ia akan mengakibatkan bil elektrik melambung tinggi.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam memastikan agar bil elektrik tidak melambung tinggi apabila menggunakan peralatan elektrik.
Pencahayaan
- Gantikan mentol kepada jenis mentol yang menjimatkan tenaga.
- Sentiasa menggunakan cahaya semula jadi terutamanya pada waktu siang.
- Apabila memasang lampu di bahagian dapur pastikan ia menuju ke arah subjek seperti meja makan.
- Elak penggunaan cahaya ambien.
Penyaman udara
- Apabila memasang alat hawa dingin pastikan ia tidak terdedah kepada pancaran matahari yang membolehkannya berfungsi dengan lebih lama.
- Pilih penyaman udara berkapasiti satu kuasa kuda.
- Sentiasa selenggara alat hawa dingin agar dapat menggunakannya dengan baik.
Mesin basuh
- Kurangkan beban basuhan harian anda kepada tiga muatan penuh setiap minggu.
- Pastikan menggunakan air sejuk apabila basuhan dilakukan. Ini kerana kira-kira 90 peratus tenaga yang digunakan untuk membasuh baju dalam kitaran panas adalah untuk memanaskan air.
Peti Sejuk
- Pastikan suhu peti sejuk berada pada paras -18 Celsius berbanding -21 Celsius.
- Sentiasa membeli peti sejuk yang mempunyai saiz bersesuaian dengan rumah anda.
- Elak meletakkan makanan panas di dalam peti sejuk.
Televisyen
- Sentiasa padamkan kuasa utama untuk penjimatan tenaga optimum.
-Kosmo!, www.tnb.com.my, www.saveenergy.gov.my
No comments:
Post a Comment