Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu menolak anggapan bahawa kad setia mempunyai manfaat seperti yang sering diuar-uarkan.
Setakat ini kata beliau, belum ada kajian yang membuktikan keberkesanan penggunaan kad setia, malah Marimuthu percaya ia hanyalah helah untuk menarik pelanggan berbelanja lebih.
"Kadangkala produk ganjaran yang diberikan jauh lebih murah, tetapi mata ganjaran untuk tebusan pula sangat tinggi. Saya rasa, lebih baik beli sendiri, lebih jimat daripada berbelanja besar semata-mata untuk mata ganjaran bagi memperoleh sesuatu," kata beliau.
Martimuthu juga mempertkaikan kaedah mengukur nilai kesetiaan pengguna kerana kad setia diberi atau dibuka kepada semua pelanggan.
Sementara itu, Presiden Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia, Dr. Jariah Masud percaya, nafsu berbelanja bergantung kepada pengguna.
Menerima konsep kad setia yang memberi pulangan dari segi baucar, tebusan mata ganjaran, diskaun dan sebagainya, ia adalah satu konsep yang dialu-alukan.
"Ia lebih baik daripada tiada tetapi pengguna perlu bijak membeli apa yang perlu sahaja," katanya mengingatkan pengguna.
"Secara psikologi, pengguna mudah dipergunakan dengan helah membeli-belah namun dengan ilmu kepenggunaan yang mencukupi, ia boleh dielak."
-Kosmo!
No comments:
Post a Comment