Pengikut dan Ex-smgrian

Friday, December 28, 2012

Harta sepencarian

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Lazimnya tuntutan terhadap harta sepencarian dibuat selepas berlaku perceraian antara suami dan isteri.

Suri rumah tangga sepenuh masa juga berhak menuntut harta sepencarian selepas suami meninggalkannya buat selama-lamanya.

Tuntutan terhadap harta sepencarian juga boleh dibuat oleh isteri yang kematian suami.

Selepas pengisytiharan harta sepencarian selesai, pembahagian harta akan dibuat secara faraid setelah diselesaikan hutang dan disempurnakan wasiat si mati (sekiranya ada).

Bahagian yang akan diterima isteri bergantung kepada sumbangan isteri terhadap suaminya mengikut pertimbangan mahkamah.

Dapatkan khidmat nasihat daripada Amanah Raya Berhad dalam soal pengurusan harta pusaka.

-Berita Harian.

No comments: